Connect with us

Oh! Media

Peniaga Kena Saman Walaupun Van Polis Yang Rempuhnya

Trending

Peniaga Kena Saman Walaupun Van Polis Yang Rempuhnya

Baru-baru ini, tular satu tweet di platform Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna meluahkan rasa hairan dengan tindakan pihak polis yang menyaman abangnya.

ADVERTISEMENT

Difahamkan abang kepada pemilik tweet itu telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah van polis yang merempuh belakang kereta abangnya.

Pada awalnya, pemilik kenderaan Ford Ranger itu telah memperlahankan keretanya sebelum memberi signal untuk menyeberang.

Bagaimanapun, tidak jauh sebelum tiba di garisan putus-putus, berlakunya satu dentuman yang kuat di belakang dan ia membuatkan Ford Ranger terbabit hilang kawalan lalu memasuki jalan di sebelah kanan.

Hal yang membuatkan pengguna itu berasa pelik apabila anggota polis itu menyaman abangnya pula, sedangkan kesalahan sememangnya dilakukan oleh anggota yang membawa kenderaan polis itu.

Lagi yang membuat gadis itu berasa geram apabila tiba di balai polis Temerloh, Sarjan di sana berkeras tidak mahu melihat rakaman dashcam dari kereta abangnya. Sebaliknya, meminta abang gadis terbabit melawan kes terbabit di mahkamah.

Walaubagaimanapun, tidak dipastikan apa yang dikatakan wanita ini betul ataupun tidak. Apapun, kita dengar dulu penjelasan dari pihak polis sebelum membuat apa-apa spekulasi.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas