Connect with us

Oh! Media

Operasi Musnah Kebun Durian Terhenti, Jambatan Simen Dirobohkan

Trending

Operasi Musnah Kebun Durian Terhenti, Jambatan Simen Dirobohkan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi operasi musnah telah menahan seramai 22 individu terdiri daripada pekerja dan pemilik kebun haram durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Cetus Provokasi Melampau, 18 Pekebun Haram Durian Ditahan Polis

Terbaru, Harian Metro melaporkan operasi pihak berkuasa untuk memusnahkan kebun haram terhenti berikutan empat jambatan simen dirobohkan dipercayai dilakukan peneroka kebun berkenaan.

Foto Kredit: Harian Metro/Mohd Rafi Mamat

Pihak berkuasa mengambil masa yang panjang untuk membaiki semula jambatan. Malah, sebelum itu sebuah pacuan empat roda dikatakan menggunakan helah menghalang laluan untuk melengahkan operasi.

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad, pihaknya terlewat tiba di lokasi kerana terpaksa mengangkat semula dua lantai simen jambatan yang dijatuhkan ke dalam sungai. Jambatan simen tersebut diangkat menggunakan tali secara beramai-ramai.

Operasi turut membabitkan kakitangan Unit Penguatkuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Tranum.

Saya difahamkan hari ini anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara Kem Bukit Galing, Kuantan turut akan menyertai operasi musnah, kehadiran mereka lebih menjamin keselamatan mereka yang menjalankan tugas.

Tambahnya, dua halangan tersebut menyebabkan operasi memusnahkan kebun tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas