Connect with us

Oh! Media

MINDEF Arah Siasatan Segera Kes ‘Yeye’ Dalam Kem Tentera

Ohmedia yeye kem tentera

Oh! Tidak

MINDEF Arah Siasatan Segera Kes ‘Yeye’ Dalam Kem Tentera

MINDEF arah siasatan segera kes individu tidak berkaitan dan aktiviti tak bermoral dalam kem tentera.

Aduh! Apa pula ni? Boleh pula ada video viral menunjukkan wanita berpakaian seksi yang didakwa lakukan aktiviti tak senonoh dalam sebuah kem tentera. Situasi ni memang mencetuskan persoalan besar tentang tahap keselamatan dan disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Disebabkan isu ni dah jadi perhatian ramai, Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus arahkan siasatan dalaman dijalankan segera untuk tentukan apa sebenarnya berlaku.

MINDEF sahkan siasatan segera dijalankan

Menurut kenyataan rasmi Unit Komunikasi Strategik MINDEF, siasatan dalaman ini bertujuan untuk sahkan dakwaan yang sedang tular tu.

IKLAN

Dakwaan yang tersebar tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.- Katanya.

Kementerian turut maklumkan kalau siasatan sahkan perkara ni benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu terlibat.

ATM tetap utamakan disiplin dan profesionalisme

MINDEF dan ATM tekankan yang mereka sangat serius bab disiplin dan integriti. Mereka takkan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang boleh cemarkan nama baik institusi pertahanan negara.

Dalam kenyataan sama, kementerian nyatakan mereka sentiasa komited pastikan tahap profesionalisme warga pertahanan berada di tahap tertinggi.

MINDEF turut mengharapkan orang ramai supaya jangan terus buat spekulasi yang boleh kelirukan masyarakat. Mereka risau kalau ada andaian melulu, ia boleh jejaskan reputasi ATM dan Kementerian Pertahanan sendiri.

Tindakan akan diambil jika dakwaan terbukti

Kalau hasil siasatan nanti sahkan semua dakwaan tu betul, tindakan akan dikenakan ikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Kementerian memandang serius perkara ini dan sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa.- Katanya.

Pssttt! Harap korang jangan cepat percaya atau sebarkan benda yang belum sahih. Biar siasatan jalan dulu, baru kita nilai apa yang betul dan salah. Jika perkara ini benar, harap semua yang terlibat tak kesahlah orang atasan sekalipun, perlu dikenakan tindakan mengeras!

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas