Connect with us

Oh! Media

Lelongan Dibuat Kali Kedua, Pembida Aset Sajat Terima ‘Durian Runtuh’

Oh! Tidak

Lelongan Dibuat Kali Kedua, Pembida Aset Sajat Terima ‘Durian Runtuh’

Sebelum ini, isu melibatkan lelongan harta serta aset usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah menjadi hangat selepas pemenang dikatakan telah menghilangkan diri.

ADVERTISEMENT

BACA: Beri Alasan Urusan Bank Belum Selesai, Pembida Harta Sajat Lari?

Hal itu selepas individu yang bernama Mohd . Syazwan itu memenangi bidaan kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada lapan pembida yang lain.

Tidak lama kemudian, pembida tersebut telah menyatakan ingin mengeluarkan duit sebentar. Namun, dia tidak jua muncul selain turut gagal dihubungi.

Menurut peguam, Zeti Zukifili, disebabkan perkara itu, pihaknya terpaksa mengemukakan tarikh baharu di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk melakukan proses lelongan semula.

Lelongan aset Sajat dibuat kali kedua, pembida dapat harga murah

Bagaimanapun, lelongan harta serta barangan Sajat telah pun dibuat pada pagi tadi menyaksikan pebagai barangan yang akan dilelong termasuklah piano jenama Young Chang, set bilik tidur, pendingin hawa dan sebagainya.

Menurut Peguam Nurul Hafidzah, acara itu telah disertai oleh tiga orang pembida sebelum dimenangi oleh seorang individu bernama Chai Liong Huat yang berusia 67 tahun.

Tambahnya, pemenang lelongan aset dan barang usahawan itu disifatkan sebagai mendapat durian runtuh apabila berjaya memenangi dengan bayaran harga serendah RM42,000.

Sesi lelongan itu dimulakan dengan bukaan harga RM60,000, namun diturunkan kepada RM50,000 dengan kenaikan sebanyak RM5,000 untuk setiap bidaan.

Hafidzah (tengah) bercakap kepada pemberita selepas sesi bidaan kali kedua di kediaman Sajat di Kota Damansara pagi tadi.

Tiada pembida yang membuat bidaan dan kami perlu menurunkan harga lelongan kepada RM40,000 dengan kenaikan sebanyak RM2,000.

Kata Hafidzah, si pembida telah pun melakukan bayaran penuh dan proses bidaan buat kali kedua ini dianggap selesai tanpa berlaku sebarang isu melarikan diri.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas