Oh! Artis
Rumah Dengan Nilai RM522,000 Atas Nama Farid Kamil Bakal Dilelong
Kecoh di media sosial apabila tersebar berita mengenai sebuah rumah di Bandar Saujana Putra, Selangor bakal dilelong. Apa yang membuatkan ia kecoh apabila nama pemilik rumah itu adalah atas nama Farid Kamil Zahari.
Menurut iklan lelongan yang tular, rumah teres dua tingkat itu dijadualkan untuk dilelong pada 22 Januari depan dengan harga permulaan RM522,000.

Ini mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkan rumah tersebut dengan pelakon terkenal Farid Kamil. Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada pihak Farid.
Nama sama tapi betul ke itu pelakon Farid Kamil?

Rumah berkeluasan 1,760 kaki persegi itu dilaporkan telah dibeli pada tahun 2011 dan berada di bawah pemilikan Bumiputera.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada nama Farid Kamil Zahari yang tertera pada dokumen tersebut merujuk kepada pelakon popular itu atau individu lain yang kebetulan mempunyai nama serupa.

Apapun, kita masih menantikan pengesahan dari Farid Kamil yang dilaporkan masih belum berjaya dihubungi pihak media.
#OhmediaNasihat
Berita seperti ini mengingatkan kita untuk tidak terus membuat andaian tanpa fakta yang sahih. Penting untuk kita mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat.
Dalam situasi ini, perkara utama ialah menghormati privasi individu yang terlibat sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan. Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi dan elakkan menyebarkan maklumat yang boleh mencetuskan salah faham.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM