Connect with us

Oh! Media

david teo

Oh! Artis

“Nilainya Sudah Dua Kali Ganda…” – Dulu Hadiahkan ‘Deposit’, David Teo Sedia Beli Rumah Farid Kamil

Baru-baru ini, tular di media sosial rumah teres dua tingkat di Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom milik pelakon terkenal, Farid Kamil bakal dilelong.

BACA: Rumah Dengan Nilai RM522,000 Atas Nama Farid Kamil Bakal Dilelong

IKLAN

Isu tersebut telah menarik perhatian ramai termasuk Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Wang deposit rumah dihadiahkan David Teo

farid kamil

Namun sayangnya, David Teo hanya mengetahui mengenai proses lelongan itu setelah dimaklumkan media.

Difahamkan, wang pendahuluan untuk rumah tersebut dihadiahkan David Teo kepada Farid Kamil termasuk 30 kakitangan lain sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada ketika itu.

Jelasnya lagi, Farid Kamil sepatutnya memaklumkan kepadanya jika mempunyai masalah kewangan dan dia sudi membeli rumah itu pada harga tertentu.

Tetapi kini sudah terlambat kerana bakal melalui proses lelongan.

Sudi beli rumah Farid Kamil jika tahu ada masalah

farid kamil

Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya. Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu. Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini.

Beliau juga memaklumkan rumah yang dilelong dengan harga permulaan RM522,000 itu sebenarnya naik dua kali ganda daripada harga yang dibeli kira-kira 10 tahun lalu.

Menurutnya lagi, rumah tersebut tidak didiami oleh Farid tetapi disewakan kepada bekas pekerja. David Teo dan Farid jarang berbicara mengenai soal peribadi dan hubungan mereka hanya tertumpu kepada kerja.

Sementara itu, Farid menjelaskan rumah tersebut rupanya disewakan sejak 2019. Sebelum ini, tidak mempunyai masalah kerana penyewa membayar sewa terus ke akaun pinjaman.

Dia juga tidak tahu rumah bakal dilelong dan sudah berbincang mengenai penyewa mengenai langkah yang patut diambil.

#OhmediaNasihat

Komunikasi adalah kunci penting dalam menyelesaikan isu besar, termasuklah masalah kewangan. Jika anda menghadapi cabaran, jangan ragu untuk berkongsi dengan individu yang boleh membantu. Ini dapat mengelakkan kerugian lebih besar, terutama melibatkan aset berharga.

david teo

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas