Connect with us

Oh! Media

Beri Alasan Urusan Bank Belum Selesai, Pembida Harta Sajat Lari?

Trending

Beri Alasan Urusan Bank Belum Selesai, Pembida Harta Sajat Lari?

Seorang lelaki akhirnya berjaya membida semua lelongan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan harga terakhir iaitu RM132,000.

ADVERTISEMENT

Antara barangan yang dilelong adalah perkakas dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat milik usahawan itu.

BACA: Seorang Lelaki Berjaya Tewaskan 7 Pembida Harta Abang Sajat Dengan Nilai RM132,000

Terbaru, pembida tersebut dikatakan menghilangkan diri selepas gagal dihubungi peguam plaintif petang tadi. Pihak peguam menunggu pembida membuat bayaran sehingga jam 4.10 petang tetapi dia tidak juga muncul.

Nombor telefonnya juga tidak dapat dihubungi.

pembida harta sajat
Foto: Harian Metro

Menurut Peguam Zeti Zukifili, lelaki itu memberi alasan mahu ke bank untuk menyelesaikan urusan bidaan. Dia berjanji untuk datang semula selepas semuanya selesai.

Saya berhubung dengannya melalui panggilan dan aplikasi WhatsApp beberapa kali, namun dia memberi alasan urusan di bank belum selesai.

Jelas Zeti lagi, disebabkan lelaki itu gagal dihubungi bidaannya dikira terbatal. Pihaknya akan mengemukakan tarikh baharu di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk proses lelongan semula.

Difahamkan, deposit berjumlah RM5,000 yang dibayar pembida terbabit juga tidak dikembalikan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas