Connect with us

Oh! Media

farid kamil

Oh! Artis

Rumah Farid Kamil Akan Dilelong? Pelakon Jelaskan Situasi Sebenar

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang sebuah rumah teres dua tingkat di Jenjarom yang dikatakan milik pelakon terkenal, Farid Kamil, bakal dilelong.

Rumah dengan harga lebih setengah juta ringgit itu difahamkan diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini. Tapi apa sebenarnya cerita di sebalik isu ini?

IKLAN

Farid tak tahu rumah bakal dilelong, rupanya sudah disewakan

rumah farid kamil

Memetik laporan Harian Metro, Farid Kamil menjelaskan bahawa dia sudah lama tak tinggal di rumah tersebut.

Menurutnya, rumah itu dah disewakan sejak 2019 dan bayaran pinjaman rumah dibuat terus oleh penyewa ke akaun bank.

Penyewa bayar direct ke akaun pinjaman

farid kamil

Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan disewakan sejak 2019. Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa masalah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong

Tambah Farid lagi, dia sudah berbincang dengan penyewa untuk segera menyelesaikan urusan rumah berkenaan.

Sebelum ni, iklan lelongan rumah tersebut yang tersebar di media sosial memang menarik perhatian ramai, sampai ada yang buat andaian sendiri. Tapi, Farid dah tampil beri penjelasan supaya tak ada salah faham.

#OhmediaNasihat

Kadang-kadang, benda macam ni jadi pengajaran untuk kita. Kalau ada urusan hartanah atau kewangan yang melibatkan pihak lain, jangan lupa pantau dari semasa ke semasa. Dan yang paling penting, jangan cepat percaya spekulasi – pastikan dulu fakta sebenar!

farid kamil

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas