Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tanam 3 Pokok Ganja Bernilai RM2,660 Di Dalam Tandas, Tumpas Dalam Serbuan Polis

Trending

Lelaki Tanam 3 Pokok Ganja Bernilai RM2,660 Di Dalam Tandas, Tumpas Dalam Serbuan Polis

Malang buat seorang lelaki apabila cubaannya menanam sendiri pokok ganja daripada benih dadah yang pernah dibeli akhirnya memakan diri, selepas dia ditahan polis pada minggu lepas.

ADVERTISEMENT

Penganggur yang dikatakan berusia 26 tahun itu telah dilaporkan ditahan dalam serbuan sepasukan polis daerah Timur Laut di sebuah rumah teres di Pulau Tikus, kira-kira pukul 12.10 tengah hari tadi.

Ketua Polis Timur Laut berkata, pihaknya telah menjumpai tiga pokok ganja berusia lima bulan di dalam tandas rumah sewa suspek . Malah, pokok ganja yang ditanam di dalam pasu plastik itu juga dipercayai adalah untuk kegunaan dirinya sendiri.

Siasatan mendapati lelaki itu mengakui bahawa dia mencuba menanam pokok ganja itu selepas menjumpai benihnya di dalam paket ganja kering yang dibelinya sebelum itu.

Pada mulanya suspek cuba menanam empat pasu pokok ganja itu, namun hanya tiga yang subur manakala sebatang lagi mati.

Ketiga-tiga pokok ganja itu masing-masing mempunyai ketinggian 48, 39 dan 46 sentimeter dan dianggarkan bernilai RM2,660. – Kata Ketua Polis Timur Laut.

Anggota polis menunjukkan gambar pokok ganja yang telah dirampas.

Dalam serbuan yang telah dilakukan di rumah suspek, pihak polis dikatakan turut merampas pelbagai dadah lain antaranya 28.5 gram heroin; 30.38 gram syabu dan 13.63 gram ganja yang berada di atas meja makan.

Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah motosikal dengan jumlah keseluruhan sitaan operasi tersebut dianggarkan bernilai RM10,290.

Ujian saringan air kencing ke atas suspek pula didapati positif methamphetamine namun dia tidak memiliki rekod jenayah lampau. – Katanya.

Pihak polis dikatakan turut memandang serius mengenai kes penanaman pokok ganja ini memandangkan suspek dapat melakukannya sehingga pokok ganja itu menjadi subur.

Kita bimbang jika aktiviti seperti ini tidak dibendung boleh menjadi sumber ekonomi baharu kepada pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin mempelajari teknik dan membuat kajian supaya pokok ganja ini boleh menjadi subur. – Katanya.

Tambah beliau, walaupun pokok ganja itu ditanam suspek untuk kegunaan sendiri namun jika berjaya diproses ianya boleh dibekalkan kepada 320 penagih.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 6B, Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 6 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas