Connect with us

Oh! Media

Kesian Ayah Dah Tua Sampai Terpaksa Ikat Jamin Guna Duit Tabung Haji, Rupanya Anak Dah 5 Kali Dicekup

Ayah tua ikat jamin ohmedia

Oh! Tidak

Kesian Ayah Dah Tua Sampai Terpaksa Ikat Jamin Guna Duit Tabung Haji, Rupanya Anak Dah 5 Kali Dicekup

Kasih ibu bapa memang tiada nilainya sehinggakan sanggup berhabis banyak duit untuk pastikan si anak jadi manusia berguna. Namun ada juga yang masih tak nampak pengorbanan mereka dan banyak buat masalah.

Ohmedia katakan seperti ini selepas mendengar kisah seorang peguam, Aminahtul Mardiah yang berkongsi kisah dirinya mengendalikan prosiding dalam mahkamah.

Antara kisah yang buatkan Ohmedia tertarik adalah mengenai pengorbanan seorang bapa yang sanggup keluarkan duit simpanan Tabung Haji semata-mata ingin menjamin anaknya yang menjadi Orang Kena Tuduh (OKT).

IKLAN
Ikat Jamin
Gambar hiasan

Aminahtul bercerita si anak yang berusia 28 tahun itu terjebak dengan barang terlarang tetapi nasib je kesalahan itu termasuk dalam kategori boleh dibebaskan dengan jaminan.

Namun, si ayah yang sudah tua dengan tangan terketar-ketar datang untuk mengikat jamin anaknya.

BACA: Sanggup Jual Kereta, Keluar Simpanan Bank & Tabung Haji Nak Tolong ‘Kekasih’ Tapi Rupa-Rupanya..

Sampai bila seseorang ibu atau ayah perlu ikat jamin dan merana demi anak yang bermasalah sehingga sebegitu rupa?

Aminahtul yang mendengar kehendak si ayah itu untuk keluarkan duit simpanan Tabung Haji dengan hati hiba menyerahkan semula duit jaminan itu. Aminahtul juga menasihatkan si ayah untuk melepaskan anaknya untuk kali ini dan gunakan duit itu untuk pergi tunaikan haji.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas