Connect with us

Oh! Media

Kesatuan Pekerja Tampil Pertahan Kepimpinan CEO Pos Malaysia

Oh! Tidak

Kesatuan Pekerja Tampil Pertahan Kepimpinan CEO Pos Malaysia

Isu hangat membabitkan kenyataan CEO Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer, mengenai pakaian seragam syarikat akhirnya menerima penjelasan rasmi daripada Kesatuan-Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia.

Menerusi kenyataan media di Facebook rasmi Pos Malaysia menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Brewer sebenarnya tidak bertujuan untuk merendahkan mana-mana warga kerja Pos Malaysia.

IKLAN

Kesatuan memahami bahawa bukan maksud beliau untuk memperlekehkan kakitangan tersebut, cuma terdapat salah faham dan beliau sendiri telah mengakui kesilapan tersebut.- Ujar kenyataan tersebut.

Sehari selepas isu tersebut menjadi bualan hangat, pihak kesatuan telah pun mendapatkan penjelasan terus daripada CEO dan menyeru agar perkara ini tidak terus diperbesarkan sehingga menimbulkan fitnah serta salah faham yang lebih besar.

Komitmen Brewer terhadap pekerja diiktiraf…

Kesatuan turut menegaskan bahawa Brewer selama ini sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan mendekati pekerja di pelbagai peringkat.

Beliau dikatakan sering turun padang bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh kakitangan dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

Sehubungan itu, kesatuan menyatakan pendirian tegas mereka untuk terus menyokong penuh kepimpinan Brewer.

Isu baju seragam Pos Malaysia akan ditangani…

Mengulas mengenai isu pakaian seragam, pihak kesatuan memaklumkan bahawa semua kakitangan telah dimaklumkan tentang rancangan penggantian baju seragam baharu.

Namun, kelewatan berlaku berikutan usaha penambahbaikan kualiti dan material agar pakaian yang disediakan benar-benar selesa untuk dipakai dalam pelbagai situasi kerja.

Terdahulu, Charles Brewer turut tampil menyampaikan permohonan maaf kepada semua kakitangan yang mungkin terasa hati atau tersinggung dengan kenyataannya.

Pssttt! Setiap pihak mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keharmonian tempat kerja. Kesilapan boleh berlaku, namun yang penting ialah bagaimana kita mengambil tanggungjawab dan memperbaikinya.

Kredit: Pos Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas