Connect with us

Oh! Media

aliff syukri

Oh! Artis

“Kang Staf Terkejut Dengan Makian Papa” – Aliff Syukri Ditawar Jawatan CEO, Gaji Ratus Ribu Ringgit

Usahawan popular, Dato’ Sri Aliff Syukri dalam dilema sama ada mahu menerima tawaran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dengan gaji pokok mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.

BACA: Aliff Syukri Dan Shahida Sumbang Zakat RM1 Juta, Harap Dapat Bantu Insan Memerlukan

IKLAN

Selain gaji pokok yang lumayan, Aliff Syukri juga diberikan elaun khas sebanyak RM15,000. Tawaran kerja tersebut bermula pertengahan bulan ini.

Tawaran lumayan, tapi Aliff Syukri teragak-agak?

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff Syukri menyatakan rasa teragak-agak untuk menerima tawaran tersebut. Malah, beliau secara berseloroh menyatakan kebimbangannya jika staf baru nanti akan terkejut dengan gaya kepimpinannya yang terkenal dengan nada tegas dan penuh emosi.

Netizen kagum dengan ‘power’ Dato’ Aliff Syukri!

aliff syukri

Rata-rata netizen terkejut dengan jumlah gaji yang ditawarkan dan mengakui bahawa Dato’ Sri Aliff Syukri memang mempunyai ‘power’ dalam dunia perniagaan.

Malah rakan artis seperti Zarina Zainuddin turut meninggalkan komen, Dato marketing power oooo sebab tu laa, mengakui kehebatan strategi pemasaran jutawan kosmetik ini.

Sementara itu, ada juga netizen mempersoalkan adakah tawaran kerja itu salah satu strategi pemasaran beliau atau benar-benar satu peluang kerjaya baru? Sama-sama kita nantikan!

#ApaKataOhmedia

Dengan pengalaman dan skil yang Dato’ Aliff ada, tak mustahil kalau beliau ditawar ratusan ribu ringgit kan? Lagi pula, jawatan CEO datang dengan tanggungjawab yang sangat berat. Semoga maju jaya untuk Tok Aliff!

aliff syukri

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram aliffsyukriterlajaklaris


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas