Connect with us

Oh! Media

Pos Malaysia Akhirnya Bersuara Isu Komen CEO

Oh! Negara

Pos Malaysia Akhirnya Bersuara Isu Komen CEO

Satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pos Malaysia susulan isu tular berkenaan pakaian seragam pekerja yang koyak dan komen daripada CEO mereka.

Isu yang timbul sejak 19 Mac lalu ini menerima pelbagai reaksi selepas satu hantaran media sosial mendedahkan ketidakselesaan kakitangan yang terpaksa bertugas dengan pakaian rosak.

IKLAN

CEO akui kesilapan dan janji perbaiki…

Dalam kenyataan itu, Pos Malaysia menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer sudahpun memohon maaf secara terbuka dan mengakui kelemahan tindakannya sebelum ini yang kurang berempati.

Beliau dengan jujur mengakui bahawa respon beliau seharusnya lebih berempati, dan dengan tekad yang kuat, beliau berjanji untuk terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga Pos Wira.

Beliau juga menyatakan permohonan maaf telah disampaikan kepada kakitangan yang terlibat dan pihak syarikat kini sedang menambah baik proses dalaman bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Pos Malaysia jamin penyelesaian dan tindakan pantas…

Pos Malaysia memaklumkan isu tersebut telah diselesaikan selepas berkomunikasi terus dengan individu terlibat.

Kami sedang menambah baik proses dalaman kami untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan akan terus memastikan setiap warga kerja Pos Wira dapat berkhidmat dalam keadaan yang selesa dan yakin.

Pssttt! Dalam organisasi, salah faham dan kekurangan pasti akan berlaku. Tapi bila pemimpin tampil mengaku salah dan ambil tindakan, itulah yang patut dicontohi. Hargai tenaga kerja kerana mereka tulang belakang kejayaan syarikat.

Kredit: Facebook Pos Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas