Connect with us

Oh! Media

Posmen Luah Kecewa Pakaian Seragam Koyak, CEO Pos Malaysia Dikecam

Oh! Negara

Posmen Luah Kecewa Pakaian Seragam Koyak, CEO Pos Malaysia Dikecam

Seorang pekerja Pos Malaysia, Muhamad Firdauss Rohani, tampil meluahkan rasa terkilan selepas terpaksa memakai baju seragam yang sudah lusuh dan koyak ketika menjalankan tugas menghantar surat.

Lebih menyedihkan, pakaiannya itu ditegur pelanggan sendiri. Disebabkan itu, Firdauss tampil bertanya secara sopan dalam platform komunikasi dalaman syarikat mengenai isu tersebut.

IKLAN

Assalamualaikum, bila baju baru nak dapat? Baju lama dah teruk sangat dah ni. Sampai pelanggan pun dah tegur.- Katanya.

Namun siapa sangka, respons daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pos Malaysia, Charles Brewer, menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak apabila dia menjawab.

Count yourself lucky that you don’t work for one of the foreign carriers who don’t provide uniform at all. – Jawab CEO dengan angkuhnya.

Jawapan yang diberikan itu dianggap angkuh dan tidak sensitif terhadap situasi pekerja bawahan yang hanya menuntut hak asas mereka untuk bekerja dengan lebih selesa dan berwibawa.

Reaksi daripada netizen turut membanjiri media sosial, mempersoalkan sikap tidak profesional CEO berkenaan yang seolah-olah meremehkan keperluan pekerja syarikat milik negara.

Walaupun tiada isu dengan pelantikan individu luar ke jawatan tinggi, ramai berpendapat jawapan sebegitu langsung tidak mencerminkan empati, apatah lagi apabila melibatkan kebajikan asas seperti pakaian seragam.

Hingga kini, belum ada kenyataan lanjut dari pihak Pos Malaysia berhubung isu berkenaan, namun harapan orang ramai agar suara pekerja seperti Firdauss didengar dan tindakan segera diambil.

Pssttt! Kita semua mahukan tempat kerja yang menghargai pekerja dari pelbagai lapisan. Kadang-kadang perkara kecil seperti pakaian seragam pun mampu memberi impak besar kepada semangat dan maruah pekerja. Majikan seharusnya peka dan bersedia mendengar rintihan staf agar semangat berkhidmat terus menyala, bukan dipadam dengan jawapan yang mengecewakan.

Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas