Connect with us

Oh! Media

“Kau Berapa Keping?” – Geng ‘Awek’ Rempit Gelak Sakan Sambil Tayang Surat Saman, Bangga Siapa Paling Banyak

Oh! Tidak

“Kau Berapa Keping?” – Geng ‘Awek’ Rempit Gelak Sakan Sambil Tayang Surat Saman, Bangga Siapa Paling Banyak

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan geng ‘awek’ rempit telah disaman akibat menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan dirinya serta pengguna jalan raya yang lain. Ingat lelaki je ke rempit?

ADVERTISEMENT

Kalau korang tengok video tu, kebanyakkan daripada mereka bergelak ketawa sambil menunjukkan surat saman. Siap bersaing lagi siapa paling banyak!

https://www.tiktok.com/@sizukaputry/video/7254092211300699393

Rakaman tersebut dipercayai berlaku di luar Ibu Pejabat Daerah Jasin, Melaka. Turut didapati ada antara mereka yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak. Allahu, ingatlah sikit dekat insan tersayang!

Kalau korang perasan, sebelum ni ada video tular menunjukkan seorang wanita sedang melakukan aksi ‘superman’ di sebuah lebuhraya tu rupanya adalah salah seorang daripada mereka.

Selain memandu secara melulu ada juga di antara mereka dipercayai dikompaun atas kesalahan ubai suai motosikal tidak ikut spesifikasi ditetapkan oleh JPJ.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas