Connect with us

Oh! Media

‘Karen Dior’ Dikesan Masih Enggan Pakai Pelitup Muka?

Trending

‘Karen Dior’ Dikesan Masih Enggan Pakai Pelitup Muka?

Tular baru-baru ini sebuah kejadian membabitkan seorang wanita warga negara asing yang dikenali sebagai ‘Karen Dior‘ yang enggan memakai pelitup muka semasa ingin memasuki sebuah butik Dior.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Warga Asing Didakwa Tak Pakai ‘Mask’ Mengamuk Dihalang Masuk Butik

Kejadian yang berlaku di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Oktober lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah mengecam tindakan wanita tersebut.

Bagaimanapun, kedegilannya yang telah menimbulkan kekecohan di kawasan itu membawa padah selepas dikompaun sebanyak RM3,000 di atas dua kesalahan.

Kesalahan itu termasuklah gagal mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera serta tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan melibatkan pemakaian pelitup muka.

Karen Dior luah perasaan, hanya inginkan hak kebebasan

Tidak lama selepas insiden tersebut, wanita warga asing itu turut meluahkan perasaannya menerusi sebuah video dan hanya menginginkan hak kebebasan kepada rakyat Malaysia.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter, wanita itu turut menyatakan bahawa setiap individu berhak memilih apa yang dikehendaki termasuklah pemilihan makanan, lokasi yang dituju dan sebagainya.

Selain itu, dia juga turut mengambil contoh negara luar yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih apa sahaja yang disukai selain menyeru agar rakyat Malaysia sedar akan perkara tersebut.

Buat hal lagi, masih enggan pakai pelitup muka

Terbaharu, selepas beberapa hari isu melibatkan Karen di KLCC, namun dia sekali lagi mencuri perhatian selepas dipercayai mengulangi kesalahan yang sama.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter bernama azlynbalqis, wanita itu dilihat berjalan bersama dua lagi individu lain yang turut sama tidak mengenakan pelitup muka.

Menerusi ciapan itu, pengguna twitter tersebut berasa berang terhadap Karen tersebut yang seakan-akan tidak serik walaupun telah dikompaun dan masih tetap mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Mesti seronok jadi kaya dan ada berhak untuk rasa anda mengatasi undang-undang.

Menjengah reaksi daripada netizen, rata-rata daripada mereka turut mengecam individu tersebut selain berharap hukuman yang setimpal dari diberikan kepadanya.

Kredit: Twitter azlynbalqis dan 117%WeThePeople I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas