Connect with us

Oh! Media

Tular Warga Asing Didakwa Tak Pakai ‘Mask’ Mengamuk Dihalang Masuk Butik

Trending

Tular Warga Asing Didakwa Tak Pakai ‘Mask’ Mengamuk Dihalang Masuk Butik

Sejak negara dilanda wabak pandemik, pelbagai ketetapan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah sebarang penularan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tolong Pakai Pelitup Muka” – Khairy Jamaluddin Tegur Ahli Politik

Salah satu yang paling ditekankan adalah pemakaian pelitup muka. Ketetapan ini seolah-olah menjadi norma baharu kepada masyarakat jika berada di luar rumah.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut menyarankan agar masyarakat mengenakan double mask bagi mendapatkan pelindungan maksimum.

Bagaimanapun, jika terdapat individu yang ingkar dan enggan memakai pelitup muka, mereka bakal berdepan hukuman serta denda yang mampu mencecah ribuan ringgit.

‘Mat Salleh’ mengamuk dihalang masuk butik

Namun, terdapat kejadian melibatkan pemakaian pelitup muka apabila seorang individu warganegara asing melenting selepas dihalang memasuki sebuah premis.

Hal itu selepas dia didakwa enggan memakai pelitup muka yang merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang paling penting ketika memasuki sesebuah premis.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @DFEfiercefun, wanita itu turut dilihat ‘berlaga mulut’ dengan pekerja butik tersebut sehingga menimbulkan kekecohan.

https://twitter.com/DFEfiercefun/status/1453211559891587073

Menerusi kapsyen hantaran itu, dia menyatakan bahawa wanita itu pada mulanya sedang beratur memasuki sebuah Butik Dior di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC).

Sehingga tiba gilirannya, dia dihalang oleh kerana tidak memakai pelitup muka sebelum bertindak meninggikan suara serta merakam kejadian tersebut menggunakan telefon pintarnya.

Selain itu, wanita itu juga turut dikatakan menuduh mereka yang memakai pelitup muka sebagai komunis selain turut meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih kepada pekerja tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan pantas pekerja tersebut yang komited terhadap pelaksanaan SOP selain turut mengecam tindakan wanita tersebut.

Selain itu, terdapat juga komen yang menyuruh agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menahan serta mengenakan kompaun terhadap wanita terbabit.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 207,800 jumlah tontonan serta mendapat 6,751 tweet semula.

Kredit: Twitter @DFEfiercefun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas