Connect with us

Oh! Media

Dior Sauvage Untung Besar Selepas Tetap Setia Bersama Johnny Depp Sepanjang Prosiding Kes

dior

Oh! Artis

Dior Sauvage Untung Besar Selepas Tetap Setia Bersama Johnny Depp Sepanjang Prosiding Kes

Seperti yang dijangkakan, syarikat wangian terkemuka dunia, Dior sudah pasti akan menerima sambutan luar biasa dari pembeli selepas memutuskan untuk tidak menamatkan kontrak mereka bersama Johnny Depp.

ADVERTISEMENT

BACA: Muka ‘Blank’ Amber Heard Selepas Kalah Kes Saman Fitnah Johnny Depp Tarik Perhatian Ramai

Johnny yang menjadi duta untuk wangian Dior Sauvage itu membuatkan jutaan peminatnya tidak terlepas untuk membeli.

Memetik laporan dari Hey Discount, carian untuk wangian jenis itu di Google telah meningkat kepada 48% daripada 8,23,000 berbanding pencariannya pada Mac 2022 kepada 1.2 juta pada April 2022. Video TikTok untuk Sauvage juga melonjak sebanyak 63% sepanjang prosiding berjalan.

Pihak mahkamah sebelum ini memutuskan Amber Heard perlu membayar ganti rugi sebanyak RM41.45 juta kepada Johnny.

Keputusan yang memihak kepada Johhny ini sudah tentu memberi kesan kepada syarikat Dior dan bagi mereka yang menolak Johhny sebelum ini, mesti menyesal tak sudah.

Kredit: Hindustantimes

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas