Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Stress Karen Complain”- Flight Delay 7 Jam, Penumpang Terkejut Pilot Tiba-Tiba Marah

Artikel 3 27 5

Trending

“Mungkin Stress Karen Complain”- Flight Delay 7 Jam, Penumpang Terkejut Pilot Tiba-Tiba Marah

Kecoh di media sosial, sebuah video yang menunjukkan seorang pilot syarikat Wizz Air telah marah di dalam pesawat kerana penerbangan ditangguhkan kira-kira 7 jam di Lapangan Terbang Gatwick, England.

BACA: Tampar Warga Emas, ‘Karen’ Ditahan Kru Pesawat

Video tersebut telah dimuat naik di dalam TikTok Hannah Mace, dan memperlihatkan juruterbang tersebut menjerit melalui interkom atau sistem perhubungan antara pilot dan para penumpang.

IKLAN
@hannahmace0 Ryan air would never 😔 #wizzair #karen #travel #airports #fyp #bags #fly #gatwickairport ♬ original sound – Hannah Mace

Daripada video tu, kita boleh nampak yang penumpang semuanya terkejut dengan tindakan juruterbang yang sangat marah dengan situasi yang berlaku itu.

Pesawat itu sebenarnya dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick ke Cyprus. Penumpang juga diberitahu, jika mereka nak turun di lapangan terbang tersebut, pesawat tidak akan meneruskan perjalanan ke bandar Larnaca, Cyprus.

Namun, jurucakap Wizz Air juga sudah meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi sehingga terpaksa menangguh penerbangan W95749 yang tertunda dari Gatwick ke Larnaca akibat daripada isu kawalan trafik udara.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang memahami situasi pilot tersebut. Ada yang backup mengatakan mungkin pilot tersebut dapat terlalu banyak tekanan daripada ‘karen’.

Pernah jadi ‘driver bus’

Img 0470

Faham perasaan pilot

Img 0471
Img 0473

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas