Connect with us

Oh! Media

Iqbal Kecewa Dengan DSV, Cik B Letak Syarat Kalau Nak Kahwin?

Trending

Iqbal Kecewa Dengan DSV, Cik B Letak Syarat Kalau Nak Kahwin?

Hasrat Ahmad Iqbal Zulkefli untuk memperisterikan bekas majikannya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) tidak kesampaian apabila dia mendapat tentangan hebat daripada anak-anak bakal isteri.

ADVERTISEMENT

BACA: Iqbal Putus Asa Kahwini DS Vida?

Usahawan muda itu dalam satu kenyataan berkata, dia tidak akan memaksa DSV itu untuk berkahwin. Keputusan yang diambil ini bagi menjaga maruah dirinya yang seolah-olah dilihat sudah lama mengimpikan untuk mengahwini DSV.

Terbaru, Iqbal menerusi hantaran di Instagram mendedahkan cerita sebenar yang berlaku sekali gus menafikan dakwaan rancangan berkahwin ini adalah sekadar gimik.

Dalam hantaran itu, dia turut menyertakan screenshot Whatsapp daripada anak lelaki DSV iaitu Kacak. Kacak meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hatinya.

iqbal dsv

Dakwanya lagi, sebelum ini dia pernah ditawar rumah banglo dan kereta mewah supaya kembali bekerja untuk DSV. Dia berkata terpaksa menolak tawaran kerana sudah mempunyai perniagaan sendiri.

iqbal kahwin dsv

Iqbal turut menafikan dakwaan dia mahu mengikis harta usahawan kosmetik terkenal itu. Dakwanya, sehingga kini tiada barangan berharga diterimanya daripada DSV.

Malah, Iqbal turut menafikan tuduhan nafkah RM1juta hanya sekadar marketing untuk melariskan nama.

iqbal

Dakwanya, selama ini DSV tidak pernah menjelaskan kepada anak-anak mengapa mereka ingin berkahwin.  Sebaliknya, DSV membiarkan anak-anak memberontak sehingga timbul tanggapan dia mahukan harta.

Kata usahawan muda ini lagi, sekarang Cik B meletakkan syarat supaya dia membelikan kereta Mercedes bernilai RM1juta jika benar ingin berkahwin.  Dia walau bagaimanapun sudah terlalu kecewa dan mendakwa banyak perkara telah diputar belit sehingga menjatuhkan maruahnya.

Kredit: Instagram Ahmad Iqbal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas