Connect with us

Oh! Media

Iqbal Putus Asa Kahwini DS Vida?

DS Vida

Trending

Iqbal Putus Asa Kahwini DS Vida?

Usahawan muda, Iqbal Zulkefli berkata dia tidak akan memaksa lagi jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida untuk mendirikan rumah tangga bersamanya.

ADVERTISEMENT

BACA : Bakal Papa Janji Bagi Cik B 1 Bulan 1 Juta Termasuk DS Vida

Menurut Iqbal, keputusan yang dilakukan olehnya ini bagi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan untuk mengahwini DSV.

Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeras mahu menjadikan DSV sebagai isteri, seandainya beliau masih tidak menuju ke arah itu.

Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf atas viral yang berleretan tentang kisah hubungannya bersama DSV sejak kebelakangan ini dan turut ingin menghormati perasaan anak-anak Vida iaitu Cik B serta Kacak.

Pun begitu, bekas pembantu peribadi Vida pada tahun 2016 itu berkeras mengatakan kisah hubungannya ini bukanlah atas tujuan marketing tetapi benar-benar ikhlas.

Tambahnya lagi di dalam Instagram Story, beliau memberitahu masih mempunyai perasaan cinta terhadap penyanyi lagu I Am Me itu dan reda jika tidak mempunyai jodoh bersamanya.

Kisah hubungan cinta diantara Datuk Vida dan Iqbal ini sudah berlarutan hampir sebulan lalu namun perkahwinan mereka tidak dipersetujui oleh anak perempuan jutawan kosmetik itu iaitu Cik B.

Kredit: Instagram Iqbal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas