Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Kes Nur Farah Kartini, Graduan UPSI Dibunuh

Nurfarah Kartini 2

Oh! Tidak

Ini Perkembangan Kes Nur Farah Kartini, Graduan UPSI Dibunuh

Suspek bunuh graduan UPSI bakal hadir semula ke mahkamah 10 September. Pegawai polis antara yang didakwa.

Tahun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tragik kematian Nur Farah Kartini Abdullah, seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Lebih memilukan, suspek yang dituduh membunuhnya bukan orang asing. Dia adalah kenalan mangsa sendiri, seorang pegawai polis berpangkat Lans Koperal.

Kejadian ini bukan sahaja menggoncang kepercayaan masyarakat, tetapi turut mencetuskan rasa takut dan marah dalam kalangan rakyat.

IKLAN

Peguam perlukan masa teliti laporan kes…

Nur Farah Kartini

Terbaru, semasa prosiding di mahkamah hari ini, peguam yang mewakili tertuduh Muhammad Alif Monjani memaklumkan mereka masih meneliti beberapa dokumen penting yang diserahkan oleh pihak pendakwaan.

Antara dokumen yang dikemukakan termasuk laporan patologi, laporan kimia dan bahan bukti forensik. Mahkamah menetapkan 10 September ini untuk sebutan semula kes.

Kami akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada akan memasukkan representasi atau tidak pada prosiding akan datang.- Peguam, Aida Zainuddin.

Tertuduh mengaku tidak bersalah bunuh Nur Farah Kartini…

Nur Farah Kartini

Pada 12 Jun lalu, Muhammad Alif yang berusia 27 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini yang ketika itu berusia 25 tahun.

Mayat mangsa ditemukan di ladang kelapa sawit di Ladang SKC Kledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor. Menurut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan antara pukul 9 pagi pada 10 Julai hingga 6 petang pada 15 Julai 2024.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pssttt! Kes tragik ini mengingatkan kita semua bahawa bahaya boleh datang daripada sesiapa sahaja, termasuk mereka yang kita kenal dan percayai. Jangan sesekali ambil mudah soal keselamatan, dan sentiasa peka dengan gerak-geri orang sekeliling kita.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas