Connect with us

Oh! Media

“Ini Flat T20 Ke Ni” – Penghantar Makanan Bengang Penghuni Pasang Jeriji Dekat Setiap Tingkat

Oh! Tidak

“Ini Flat T20 Ke Ni” – Penghantar Makanan Bengang Penghuni Pasang Jeriji Dekat Setiap Tingkat

Ha selalu kita dengar penghantar makanan bermasalah kan? Kali ini giliran mereka pula berkongsi masalah yang dihadapi dengan pelanggan. Apa yang jadi ni?

ADVERTISEMENT

BACA: “Tau Lah Kat Guard, Lahanat” – Pelanggan Terkejut Dihina ‘Rider’ Masa Ambil Makanan

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang penghantar makanan menunjukkan masalah yang dihadapinya ketika menghantar pesanan di sebuah flat di Taman Tun Aminah, Johor Bharu.

Difahamkan rider yang dikenali sebagai Amir itu bengang dengan penghuni di sana kerana jeriji besi berkunci yang diletakkan pada setiap tingkat.

Salah satu punca budak delivery lambat hantar pesanan customer lain. Ini flat T20 ke ni?

Payah betul lah. Flat semua ni, laluannya dikunci. Macam mana nak hantar pesanan? Macam mana aku nak amsuk? Aku nak ke sana, masing-masing pergi kunci.

Lebih teruk lagi, panggilannya juga tidak diangkat oleh pelanggan berkenaan yang menyebabkan dia lagi susah nak jejak lokasi rumah.

Aku terfikir, macam mana orang yang kerja hantar perabot kalau kena situasi macam ni.

Masing-masing kunci laluan, buat apa?

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan untuk meninggalkan makanan tersebut di hadapan pintu jeriji itu dan menyuruhnya untuk laporkan kepada majlis agar tindakan lanjut dapat diambil.

Hmm kesian rider ni… Yang pelanggan tu pun kalau dah tahu pesan makanan, kenalah sentiasa peka bukannya abaikan panggilan dorang. Semoga masalah ini selesai denga cepat lah ya .

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas