Connect with us

Oh! Media

Dua Tahun Tertangguh, Akhirnya Neelofa Berjaya Cetak Al-Quran ‘Beridentiti Sendiri’

neelofa

Trending

Dua Tahun Tertangguh, Akhirnya Neelofa Berjaya Cetak Al-Quran ‘Beridentiti Sendiri’

Selebriti usahawan terkenal, Noor Neelofa akhirnya berjaya mencetak Al-Quran beridentiti sendiri menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) selepas dua tahun tertangguh.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sepatutnya Lahir Pada Hari Yang Sama Dengan Ummi Dia” – Neelofa

Menerusi laporan Utusan, Neelofa mengucapkan rasa syukur kerana hasrat untuk mewakafkan Al-Quran telah dapat ditunaikan dan 1,000 naskah Al-Quran telah berjaya dicetak dengan kerjasama Yayasan Restu.

Memiliki ciri khas dengan rekaaan Kiswah Kaabah

Kami rancang menghasil dan mencetak Al-Quran ini sudah lama, kurang lebih dua tahun juga namun progresnya bergerak perlahan disebabkan kami mahu mencari pencetak yang benar-benar mencapai semua kriteria yang diinginkan.

Akhirnya kami bertemu dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian Islam melebihi 30 tahun.

Yayasan tersebut juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia.

Neelofa menyatakan Al-Quran yang dicetak itu sangat istimewa kerana memiliki ciri khas rekaan Kiswah Kaabah yang dihasilkan dengan konsep mushaf mufiq.

Untuk pengetahuan korang, mufiq bermaksud mudah faham isi Al-Quran. Ia bukan sekadar Al-Quran untuk dibaca tetapi merupakan ensiklopedia lengkap berkaitan Al-Quran al karim.

Ada 40 kelebihan dengan antaranya ialah pengenalan surah, ulum Al-Quran, Asbabul Nuzul, 189 hadith, 32 sains di dalam Al-Quran, ayat-ayat perumpamaan di dalam Al-Quran, 47 doa termasuk doa Syifa dan 9 fadilat usrah.

Paling menarik, ia juga mempunyai atlas dengan ciri QR code yang mana pembaca boleh imbas dan akan mendapat akses tentang lokasi dan kejadian dalam surah tertentu.

neelofa

Tidak dijual di luar

Pihak Neelofa dan PKN mensasarkan lebih 30,000 bagi jualan Al-Quran ini. Pembeli bukan sahaja boleh membeli untuk diri sendiri, tetapi boleh untuk tujuan wakaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau.

Pihak PKN akan menguruskan pengedaran sumbangan kepada mana-mana madrasah, surau dan tahfiz.

Usaha ini dilakukan bagi merealisasikan tanggungjawab besar terhadap Al -Quran dengan melaksanakan suatu inisiatif yang bertujuan menyemarakkan lagi pembudayaan membaca Al-Quran di kalangan masyarakat menerusi program dan produk yang terbaik.

neelofa

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas