Connect with us

Oh! Media

“Isteri Sangat Manja” – DDNK Akui Bahagia Kahwini Pelajar Sendiri, Bekas Isteri Ucap Tahniah

Oh! Tidak

“Isteri Sangat Manja” – DDNK Akui Bahagia Kahwini Pelajar Sendiri, Bekas Isteri Ucap Tahniah

Semalam telah berlangsungnya majlis persandingan pakar pelaburan saham iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, yang menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25.

ADVERTISEMENT

BACA: Shahir Zawawi Dedahkan Isteri Tak Tahu Dia Artis Sebab Tak Tengok AF

Menurut Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi yang terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Takpe Janji Kaya’ itu, bukan mudah untuk menambat hati isterinya itu kerana perbezaan umur yang agak jauh antara mereka.

Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak tawan hatinya. Tapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat. Sebenarnya hari ini (semalam) genap setahun kami berkenalan.

Kami berkenalan ketika saya menyampaikan satu ‘talk’ di sebuah universiti. Asalnya saya mengajar saham. Tapi apabila dah lama kenal, saya jumpa keluarganya. Kiranya, jumpa September tahun lalu dan Februari kami mulai serius. Jadi, lebih kurang tujuh bulan saja perhubungan kami sebelum ambil keputusan berkahwin

Keperibadian isteri jadi tarikan

Bukan itu sahaja, Mohd Nazri turut menyatakan bahawa keperibadian yang dimiliki isterinya itulah yang membuatkan dirinya tertarik dan jatuh hati padanya.

Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.

Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua. Bagi saya, beza umur ni tak ada masalah dari awal berkenalan. Saya tak pernah jumpa budak muda yang boleh berborak dengan orang tua macam saya macam kawan-kawan.

Bekas isteri juga titip ucapan tahniah

Dalam pada itu, bekas isteri kepada Mohd Nazri, Atielia De Sams turut menitipkan ucapan tahniah atas perkahwinan baru bekas pakar pelaburan saham itu.

Namun, ucapan tahniahnya itu menjadi tanda tanya dalam kalangna warganet yang seakan-akan memberikan ‘hint’ terhadap keretakan rumahtangganya yang dulu.

Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup (bersama) selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang? Waktu susah dulu, senang sama-sama. 

Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan baru ini. Amiin

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat bekas isteri Mohd Nazri itu.

Kredit: Harian Metro | Facebook Atielia De Sams

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas