Connect with us

Oh! Media

Shahir Zawawi Dedahkan Isteri Tak Tahu Dia Artis Sebab Tak Tengok AF

shahir zawawi

Oh! Artis

Shahir Zawawi Dedahkan Isteri Tak Tahu Dia Artis Sebab Tak Tengok AF

Sama macam Hantu Kak Limah lah ni tak tengok Akademi Fantasia (AF), haha! Tapi itulah apa yang didedahkan Shahir Zawawi bintang AF yang memaklumkan isterinya tidak tahu dirinya seorang artis.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sampai Dah Arwah Orang Tu”- Individu Tuntut Shahir Zawawi Bayar Hutang Sebelum Nikah

Semalam, Jumaat 2 September 2022, Shahir sudahpun sah bergelar sebagai seorang suami kepada Jaskin Jaludin.

Sama-sama nak settle down…

Memetik laporan Media Hiburan, Shahir dikatakan telah cuba memikat isterinya dahulu dan mula berkenalan di Instagram pada Mei lalu.

Masa itu memang kami dua-dua dalam fasa nak cari pasangan untuk settle down. Kami kenal, borak-borak dan dua minggu selepas itu kami ambil keputusan untuk jalani terus kursus secara online.

Hanya selepas itu baharu kami keluar bertemu janji dan Alhamdulillah dari situ saya lihat kami ada keserasian dan keselesaan apabila bersama.

Apa yang lebih menarik perhatian Shahir adalah apabila isterinya langsung tidak tahu dirinya seorang artis dan juara AF8.

Saya terpaut pada hati isteri, dia seorang yang suci hatinya. Kalau siapa kenal dia, tahu dia macam mana orangnya. Lagi satu dia pun lucu orangnya.

Kita nak pasangan yang bukan sekadar isteri tapi dia juga sahabat, dia juga teman gelak ketawa. Alhamdulillah semua ciri itu ada pada dia. Isteri tak tahu saya seorang artis sebab dia tidak tengok AF.

Apa pula kata isteri? Betul ke tak tengok AF?

Jaskin pula turut merasakan apa yang dilaluinya umpama mimpi sehinggakan mengalirkan air mata. Ini kerana dia tidak menyangka dapat merasai momen perkahwinan.

Tentang kisah perkenalan kami, memang saya tak tahu pada mulanya yang Shahir seorang artis. Lepas saya dapat tahu, saya terus bertanya pada dia, betulkah awak ni artis? Sebab saya memang tak menonton program AF.

Selepas mendapat tahu, Jaskin terus siapkan diri dan bersedia melalui liku-liku bergelar isteri kepada seorang selebriti dan tidak menghalang Shahir jika mahu berduet dengan artis wanita.

Shahir kini bersuia 30 tahun dan masjlis pernikahan mereka telah diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center, Subang Jaya. Majlis resepsi pula akan diadakan pada hari ini.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas