Connect with us

Oh! Media

“Pegawai Perubatan Disambung Kontrak, Sukarelawan Ditambah” – Timbalan Menteri Kesihatan

COVID-19

“Pegawai Perubatan Disambung Kontrak, Sukarelawan Ditambah” – Timbalan Menteri Kesihatan

Kes positif Covid-19 yang semakin meningkat sehingga mencecah 9,000 kes harian telah menimbulkan rasa bimbang orang ramai. Petugas barisan hadapan juga sudah lelah apabila semakin ramai pesakit kritikal memerlukan rawatan segera.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Hospital Sudah ‘Nazak’, Petugas Hadapan Berhempas Pulas

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, menerusi laporan Harian Metro berkata, pelbagai usaha dan inisiatif diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi petugas kesihatan.

Usaha KKM berdepan peningkatan kes positif

Ramai (petugas kesihatan) yang tengah berjuang dan bergelumang dengan Covid-19, tetapi kes tidak turun sehingga menyebabkan (mereka) keletihan.

Bagi meredakannya, kebanyakan pegawai perubatan kontrak akan disambung lagi kontrak mereka dan bilangan sukarelawan akan ditambah untuk membantu hospital-hospital yang berdepan dengan peningkatan kes mendadak.

Dr Noor Azmi yang ditemui ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang berkata, hospital medan akan dibina di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berikutan kes mendadak di Lembah Klang. Selain itu, pihaknya akan menambah bilangan katil dan pegawai perubatan.

Dr Noor Azmi Ghazali

Pada masa ini, kerajaan sudah buat tindakan pantas dan cepat dengan memperkasakan Hospital Covid, Hospital Hibrid, Hospital Universiti dan juga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) apabila menambah bilangan katil, unit rawatan rapi (ICU), meningkatkan peralatan perubatan dan menggerakkan kakitangan berpengalaman bagi merawat pesakit.

Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan mewujudkan hospital medan di lokasi berlaku peningkatan kes mendadak

Menurutnya lagi, KKM berusaha sedaya upaya mengurangkan kes Covid-19 serta meningkatkan pemberian vaksin untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

Jika sebelum ini sasaran suntikan vaksin adalah sebanyak 300,000 dos sehari, namun kini sudah mencapai 370,000 dos di seluruh PPV.

Berkenaan pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap, isu kini berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada Kabinet selewat-lewatnya bulan ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top