Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Hospital Sudah ‘Nazak’, Petugas Hadapan Berhempas Pulas

hospital klang sesak pesakit

COVID-19

(VIDEO) Hospital Sudah ‘Nazak’, Petugas Hadapan Berhempas Pulas

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat merupakan sesuatu yang amat membimbangkan, lebih-lebih lagi kadar vaksinasi negara belum mencapai tahap yang memuaskan.

ADVERTISEMENT

Semalam, tular satu video yang memaparkan keadaan di hospital Klang yang dipenuhi dengan pesakit-pesakit dan juga pesakit Covid-19 sehingga ke luar kawasan hospital.

Hospital Klang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan beberapa hospital kerajaan di daerah Klang kini sudah menjadi pusat rawatan pesakit-pesakit Covid-19 sepenuhnya terutama mereka yang berada pada tahap ketiga dan keempat.

“Assalamualaikum dan selamat pagi, mohon doakan kami semua Frontliner Hospital Klang, sebab Hospital Klang sekarang tengah disaster, tengah tenat yang amat sangat, Klinik Pakar ACC akan ditutup bermula hari ini jam 1pm serta merta.

“Hospital Klang akan jadi Centre Covid Hospital sama macam Hospital Sungai Buloh dan semua Hospital daerah Klang, semua staff akan ditarik tak tau kemana. Kami tengah bertarung dekat HTAR sekarang. Doakan kami semua.”- salah seorang petugas kesihatan.

Menurut perkongsian seorang pengguna Nurunnawal yang memuat naik posting berkenaan, petugas kesihatan menasihati kepada orang ramai supaya tidak ke hospital berdekatan jika tiada urusan penting.

Video yang tular itu telah mendapat 12,300 tanda tweet semula dan 6,321 tanda suka setakat ini.

Kredit : Nurunnawal

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas