Connect with us

Oh! Media

Pakar Ramal Sektor Pelancongan Akan Kembali Pada ‘Pra-Pandemik’ Paling Awal 2024?

pra-pandemik

COVID-19

Pakar Ramal Sektor Pelancongan Akan Kembali Pada ‘Pra-Pandemik’ Paling Awal 2024?

Pertubuhan Pelancongan Sedunia melaporkan, industri pelancongan di seluruh dunia dijangka kembali kepada pra-pandemik, iaitu situasi sebelum wujudnya pandemik Covid-19 paling awal pada tahun 2024.

ADVERTISEMENT

BACA: Gempar, Pandemik Takkan Berakhir Dalam Masa Terdekat?

Menerusi laporan Awani, varian Omicron yang mencanak naik telah mengganggu proses pemulihan pada awal tahun ini.

Kadar pemulihan kekal perlahan

pra-pandemik

Pakar industri pelancongan menyatakan kadar pemulihan bergerak perlahan kerana perbezaan sekatan yang dikenakan.

Kadar pemulihan kekal perlahan dan tidak sekata di seluruh dunia disebabkan oleh perbezaan sekatan yang dikenakan, jurang kadar vaksinasi dan keyakinan pelancong untuk mengembara.

Ketibaan pelawat asing di Eropah dan Amerika melonjak sebanyak 19 peratus dan 17 peratus pada tahun lepas, berbanding 2020.

Di Asia Barat pula, ketibaan pelancong merosot sebanyak 24 peratus pada 2021 dan di rantau Asia Pasifik pula adalah 65 peratus lebih rendah daripada tahun 2020 serta menurun 94 peratus berbanding pada tahap pra-pandemik.

Ramai pakar mengatakan mereka tidak meramalkan sektor pelancongan kembali pada tahap pra-pandemik sehingga sekurang-kurangnya menjelang tahun 2024.

Semoga dunia cepat pulih daripada pandemik Covid-19 dan kita akan kembali hidup normal seperti sedia kala.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

Ke Atas