Connect with us

Oh! Media

Gempar, Pandemik Takkan Berakhir Dalam Masa Terdekat?

pandemik

COVID-19

Gempar, Pandemik Takkan Berakhir Dalam Masa Terdekat?

Menurut Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Michael Ryan, virus Covid-19 atau pandemik tidak akan berakhir pada tahun ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Harian Akan ‘Meningkat’ Menjelang Perayaan – KJ

Menerusi laporan Awani, tindak balas masyarakat terhadap virus Covid-19 yang akan menentukan pandemik ini menjadi tragedi atau sebaliknya.

Jadi sebahagian daripada ekosistem

pandemik
Michael Ryan

Jelas Ryan, Covid-19 tak akan berakhir pada tahun ini dan kita tak akan dapat mengakhiri virus tersebut kerana akhirnya ia akan menjadi sebahagian daripada ekosistem.

Apa yang boleh kita akhiri adalah tahap kecemasan kesihatan awam. Isunya adalah kematian, kemasukan ke hospital, ia ada kaitan dengan kecelaruan sosial, ekonomi, sistem politik yang menyebabkan tragedi ini, bukan virus.

Virus hanyalah kenderaan, tetapi bagaimana masyarakat bertindak terhadap virus yang akan menentukan segalanya.

Beliau juga menyatakan masyarakat perlu ingat bahawa endemik tak bermaksud segala-galanya akan berakhir.

Kita bercakap tentang pandemik lawan endemik. Perkataan endemik itu, endemik malaria membunuh ratusan ribu manusia. Endemik tidak membawa maksud baik.

Endemik maksudnya ia akan berada di sini selamanya. Apa yang perlu kita lakukan mengurangkan kematian dengan melakukan vaksinasi sebanyak-banyaknya.

Semoga kita sentiasa dilindungi dari virus yang kian menular di dunia ini. Semoga virus ini tidak akan membawa kepada lebih kemudaratan di masa depan.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas