Connect with us

Oh! Media

(Video) Cikgu Memandu Langgar Lari Motosikal, Tapi Kantoi Sebab Nombor Plat Tertanggal

Trending

(Video) Cikgu Memandu Langgar Lari Motosikal, Tapi Kantoi Sebab Nombor Plat Tertanggal

Dua hari lepas, viral di Twitter video CCTV yang menunjukkan sebuah kereta Kancil telah melanggar seorang penunggang motosikal di simpang empat, di kawasan Taman Perling, Johor Bahru. Nabilah iaitu pengguna Twitter yang upload video tersebut merupakan kakak kepada penunggang motosikal yang jadi mangsa.

ADVERTISEMENT

Menurut Nabilah, adiknya telah mengalami luka dekat bahagian muka. Tapi yang buat keadaan lagi teruk, khabarnya kes tersebut adalah kes langgar lari. Alamak! Dah lentung anak orang, lepastu terus tak nak bertanggungjawab? Teruk betul perangai.

Tapi sayang seribu kali sayang, boleh pulak number plate kereta tertanggal dekat atas jalan. Lengkap dari huruf yang first, sampailah ke nombor yang last. Jadi si pelaku memang tak boleh nak lari manalah ceritanya. Aduh bang, tak clean pulak buat kerja. Bila dah trace, baru tahu rupanya pemandu kereta tersebut ialah seorang cikgu memandu. Pulak dah.

Video tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Ada yang kata memang salah Kancil, ada yang kata salah motor sendiri, ada juga yang dakwa cikgu memandu memang suka bawa kereta laju. Macam-macam lagilah!

Paling win comment yang last. Siap tolong lukiskan tau nak kasi orang faham. Kalau ikutkan, memang betul motor tak salah sebab dia guna laluan main road. Tapi apapun, keluarga mangsa dah pun berjumpa dengan cikgu memandu tersebut, dan dia pun dah mengaku yang dia salah. Katanya, dia langgar lari sebab dah rasa panik.

Pelaku pun dah mohon maaf dari ahli keluarga mereka. Jadi harapnya, tak adalah lagi netizen yang nak tuding-tuding jari salahkan mana-mana pihak. Semoga adik Nabilah dikurniakan kesembuhan seperti biasa. Kadang-kadang bila dah dekat atas jalan raya, kita memang dah ikut peraturan. Tapi sebab kesilapan orang lain, kita pula yang tanggung akibat. Hm.

Kredit: Twitter Nabilah, Hasryiman

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas