Connect with us

Oh! Media

“Adik Sayang Mama Sangat…” – Ibu Juruterbang Sebak, Masih Ingat Kata-Kata Anaknya

juruterbang

Oh! Tidak

“Adik Sayang Mama Sangat…” – Ibu Juruterbang Sebak, Masih Ingat Kata-Kata Anaknya

Ibu kepada mangsa nahas pesawat ringan iaitu juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42 telah meluahkan rasa sebak dan masih segar dalam ingatannya mengenai kata-kata terakhir anaknya.

ADVERTISEMENT

Adik sayang mama sangat-sangat.

Memetik laporan dari Utusan Online, ibu mangsa yang bernama Mahanon Ismail mendedahkan anak bongsu daripada dua beradik itu ada menghubungi dirinya sebelum menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Jun lalu.

Juruterbang

Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.

Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’ dan saya tidak dapat melupakannya sehingga saat ini.

Menurut ibu mangsa, Allahyarham merupakan seorang anak yang manja dan pastinya kehilangannya akan dirindui oleh ahli keluarga.

Juruterbang

Dalam pada itu, Mahanon sekeluarga menyatakan mereka akan berbincang mengenai pengurusan pengebumian jenazah Shahrul Kamal yang merupakan antara 10 mangsa nahas.

Tambahan, pengebumian berkemungkinan akan dilakukan di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam.

BACA: Pemandu ‘Grab’ Sempat ‘Reject’ Penumpang Sebelum Tragedi Pesawat Terhempas di Elmina

Terdahulu, salah seorang mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina yang membawa e-hailling, sempat ‘reject’ beberapa penumpang sebelum insiden itu berlaku.

Kredit: Utusan Online I BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Sekarang ni apa yang Mimi post dekat media sosial mesti akan tarik perhatian netizen jerr #mimilana#syafiqkyle#batalkahwin#healing#ohartis#ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas