Connect with us

Oh! Media

Pemandu ‘Grab’ Sempat ‘Reject’ Penumpang Sebelum Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

pemandu

Oh! Tidak

Pemandu ‘Grab’ Sempat ‘Reject’ Penumpang Sebelum Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

Salah seorang mangsa dari nahas pesawat ringan yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan bandar Elmina, Shah Alam merupakan pemandu e-hailing iaitu pemandu Grab.

ADVERTISEMENT

pemandu

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pemandu tersebut dalam keadaan berseorangan dan telah menolak dari mengambil penumpang sejak pukul 2 petang, berdasarkan semakan ke atas syarikat e-hailing.

Pemandu tersebut telah reject penumpang sejak pukul 2, kita dah check dengan Grab, dia memang reject penumpang.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa pemandu e-hailing tersebut dikenali sebagai Sharipuddin Shaari, 53 tahun.

Malah, pihak polis juga mengesyaki hanya satu sahaja mangsa di dalam kenderaan e-hailing tersebut namun proses pengenalan identiti dan ujian DNA masih diteruskan.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, operasi mencari cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat di tempat kejadian telah selesai 95%.

Tambahan, semua cebisan yang ditemukan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan seramai 22 waris hadir untuk diambil sampel DNA untuk dipadankan.

BACA: Lapan Identiti Dalam Pesawat Terhempas Di Elmina Dikenal Pasti

Terdahulu, polis telah mengesahkan lapan identiti yang terkorban di dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.

Kredit: Twitter I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram dan Oh! Media.


@ohmedia

Dolla Jawap Isu Gaji Minima RM 1500, Korang Rasa Cukup Ke?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas