Connect with us

Oh! Media

“Ada Yang Tak Senang Lihat Kami” – Isteri Kena Buatan Orang, Hafiz Mahamad Maafkan Pelaku

Trending

“Ada Yang Tak Senang Lihat Kami” – Isteri Kena Buatan Orang, Hafiz Mahamad Maafkan Pelaku

Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad tampil membuka mulut mengenai situasi sebenar yang terjadi kepada dirinya serta isteri, Syafiqah Aina.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakam Pemergian Sahabat Untuk Raih Perhatian Netizen? Ini Jawab Hafiz Mahamad

Hafiz yang juga pengusaha kosmetik jenama NSA Beau menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung di Instagram, semalam.

Ujarnya lagi, Aina kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz yang juga pengamal perubatan Islam.

Dalam sesi ‘Live’ tersebut, Hafiz turut memaparkan beberapa video pendek menunjukkan Aina sedang dirawat.

Tambah Hafiz lagi, dia sebenarnya sudah mengalami rasa tidak sedap badan sejak lebih setahun yang lalu seperti letih dan kadang-kadang rasa seperti ada yang ‘menemani’ dirinya ketika bersendirian.

hafiz mahamad

Selepas ustaz berkenaan menyentuh saya, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan saya. Tetapi apabila dia sentuh ibu jari kaki Aina pula, isteri saya terus menangis dan meraung.

Dalam pada itu, Hafiz turut memaklumkan bahawa keadaan Aina semakin baik dan pulih selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam berkenaan.

Jelas usahawan ini lagi, dia diberitahu ‘benda’ yang dihantar itu ditujukan buat dirinya melalui isteri. Berkemungkinan besar ianya dihantar melalui makanan.

Hafiz dan isteri juga berkata bahawa mereka berdua memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan perkara tidak baik itu dan menganggap apa yang terjadi itu mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran.

Diri saya ini tidak apa-apa untuk didengkikan. Saya juga tidak jadikan isteri dan anak sebagai korban untuk pemasaran produk. Apa pun, saya maafkan si pelaku dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Sekadar info, Hafiz telah mendirikan rumah tangga bersaam Aina pada 24 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019 yang lalu.

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad , Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas