Connect with us

Oh! Media

Samsung Galaxy SmartTag2 Mula Dirasmikan Di Malaysia Dengan Harga RM149

Ohmedia samsung

Oh! Geekz

Samsung Galaxy SmartTag2 Mula Dirasmikan Di Malaysia Dengan Harga RM149

Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah merasmikan peranti penjejakan baharu Galaxy SmartTag2 sebagai pengganti kepada model sedia ada.

Dalam ada itu, peranti ini merupakan pesaing kepada peranti penjejakan yang ditawarkan oleh Apple iaitu AirTag.

Berbanding model sebelumnya, SmartTag2 menawarkan peningkatan yang lebih baik dari segi sambungan dan juga ketahanan bateri. 

IKLAN

Screenshot 2023 10 28 094633

Dilengkapi dengan Bluetooth 5.3 dan sokongan ultra-wideband (UWB) yang tersedia untuk beberapa peranti Galaxy terpilih. 

Malah, ia kini turut menyokong jarak penjejakan yang lebih jauh iaitu 120 meter dan ketahanan bateri mencapai sehingga 700 hari untuk mod penjimatan dan 500 untuk mod biasa. 

Terdapat juga mod hilang yang membolehkan peranti dengan keupayaan NFC melihat maklumat hubungan mengenai SmartTag2.

Screenshot 2023 10 28 100026 1

Mod carian turut ditawarkan yang menggunakan Argumented Reality (AR) lengkap yang memaparkan maklumat anak panah dan jarak.

BACA: Bermula Harga RM649, Samsung Galaxy A05 Mula Dipasarkan Di Malaysia

Sebelum ini kami ada kongsikan info mengenai Samsung Galaxy A05 telah mula dipasarkan di Malaysia dengan harga RM649.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Screenshot 2023 10 28 094606
  • Screenshot 2023 10 28 100026
  • Screenshot 2023 10 28 100026 1
  • Screenshot 2023 10 28 094633
  • Ohmedia samsung
  • Screenshot 2023 10 28 094606
  • Screenshot 2023 10 28 100026
  • Screenshot 2023 10 28 100026 1
  • Screenshot 2023 10 28 094633
  • Ohmedia samsung

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas