Connect with us

Oh! Media

Elak ‘Short’ Duit, Alat Pengesan Ini Mampu Detect Penipuan Dalam Bayaran QR Code

Oh! Tech

Elak ‘Short’ Duit, Alat Pengesan Ini Mampu Detect Penipuan Dalam Bayaran QR Code

Kaedah pembayaran secara QR menjadi popular kerana memudahkan urusan jual beli dan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 akibat sentuhan. Meskipun mudah digunakan, ia juga memberi peluang buat segelintir orang di luar sana untuk menipu.

ADVERTISEMENT

BACA: Internet ‘Slow’ Macam Siput? Ramai Tak Tahu Rupanya Boleh Lapor SKMM

Ada juga peniaga rugi disebabkan penipuan kaedah transaksi ini. Jangan risau, Oh! Media kali ini nak kongsi satu alat pengesan pintar buat korang untuk track sama ada transaksi yang dibuat adalah betul atau palsu.

Alat Pengesan QR Bayarlah

qr

Menurut ciapan Twt_Cyberjaya, sebuah alat pengesan pintar dikenali sebagai Bayarlah mampu menyemak dan mengesan secara automatik setiap kali pelanggan membuat pembayaran.

Ia juga mempunyai beberapa ciri yang menarik termasuk paparan LCD yang menunjukkan jumlah yang masuk, pelarasan am mengikut keselesaan, notifikasi suara, penggunaan sim serta bateri yang tahan lama.

Jangan risau alat peranti ini kini berharga RM96 sahaja selepas promosi daripada harga asal, RM 345. Korang boleh dapatkan harga tersebut di laman web rasmi mereka.

Kredit: Vocket

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas