Connect with us

Oh! Media

Internet ‘Slow’ Macam Siput? Ramai Tak Tahu Rupanya Boleh Lapor SKMM

Oh! Tech

Internet ‘Slow’ Macam Siput? Ramai Tak Tahu Rupanya Boleh Lapor SKMM

Selalu kita mengadu kadang internet di telefon atau dalam komputer riba mempunyai masalah internet yang agak slow bukan? Kadang-kadang rasa geram sebab waktu urgent lah dia nak lambat pun!

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Mengamuk Macam Kena ‘Histeria’ Tak Mahu Balik Kampung Sebab Takut Tak Ada Internet

Oleh itu, jangan risau Oh! Media kali ini akan kongsi tiga tips buat korang bagi melajukan kembali internet korang yang sedia ada. Jom, kita check!

Cara mudah lajukan internet

1. Laporkan aduan kepada SKMM

internet

Sebagai seorang pengguna, kita haruslah mengetahui berapakah kelajuan internet yang patut diterima dalam sehari. Sekiranya jumlah yang diterima jauh daripada jumlah yang dijanjikan dalam pakej yang dilanggan, korang boleh membuat aduan kepada pihak SKMM. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Buka laman aduan SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1
  2. Jenis aduan: Complaint
  3. Jenis perkhidmatan: Cellular Services / Fiber Services
  4. Kategori: Poor Coverage
  5. Subkategori: Poor coverage
  6. Pembekal perkhidmatan: Masukkan nama syarikat pembekal perkhidmatan internet
  7. Lengkapkan maklumat peribadi diri dan lampirkan gambar (screenshot) yang berkaitan
  8. Klik butang “Hantar” untuk menghantar aduan kepada pihak SKMM

2. Bersihkan cache App

internet

Kadang kala cache yang terhasil daripada aplikasi mampu menggunakan RAM yang berlebihan dan menganggu prestasi dan kelajuan internet korang. Oleh itu, pastikan korang sentiasa membersihkan cache dari gadjet terutama sekali aplikasi yang menggunakan internet.

3. Reset sambungan internet

internet

Cara lain bagi melajukan internet kembali adalah dengan reset semula sambungan internet. Jika korang menggunakan WiFi, reset semula router korang. Manakala jika korang menggunakan gadjet seperti telefon bimbit atau komputer riba, korang boleh mengaktifkan mod “Airplane Mode” buat seketika dan menutupnya kembali.

Semoga tips kali ni dapat membantu korang!

Kredit: eCentral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas