Connect with us

Oh! Media

Diskaun Sehingga 93%? Top 10 Produk HUAWEI Wajib Beli Pada Jualan Istimewa 11.11 Ini!

Jualan 11.11 HUAWEI

Branded

Diskaun Sehingga 93%? Top 10 Produk HUAWEI Wajib Beli Pada Jualan Istimewa 11.11 Ini!

Ada yang tengah cari promosi untuk barang dan peranti elektronik ke tu? Haa.. Ni Oh! Media nak kongsikan jualan tarikh istimewa HUAWEI 11.11 kini kembali!

Nikmati diskaun dan penjimatan sehingga 93% untuk produk HUAWEI seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, fon telinga, peranti boleh guna dan juga aksesori. Bukan itu je, pengguna juga boleh menikmati banyak hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM1,098 dengan pembelian produk HUAWEI yang terpilih. Uwow!

Promosi dan tawaran ini boleh dinikmati di Shopee HUAWEI Official Store atau Lazada HUAWEI Flagship Store pada 11.11 nanti Korang get ready dulu add to cart, tepat pukul 12 senanglah korang nak check out.

Untuk korang nak yang masih samar-samar peranti apa untuk dibeli, ni kami nak share 10 produk ‘panas’ HUAWEI yang wajib dimiliki.

HUAWEI MateBook D14 i3 

Tak kira sama ada korang seorang pelajar dah bekerja, kami tahu bukan mudah nak memiliki komputer riba dengan prestasi tinggi pada harga mampu milik.

HUAWEI MateBook D14 i3 pilihan terbaik untuk korang, dengan FullView Display 14 inci dan Ultra Slim Metal Body. Komputer riba ini hadir dengan reka bentuk bergaya dan menawarkan pengalaman sinematik memukau untuk korang membuat tugasan atau mengedit gambar.

Ia dilengkapi dengan bateri 56Wh, membolehkan korang boleh melakukan tugas atau penstriman video sehingga 13.2 jam dengan kualiti video 1080p.

Pada promosi 11.11, HUAWEI MateBook D14 i3 dijual pada harga RM2,199 (RRP: 2699) secara eksklusif di HUAWEI Store Online. Setiap pembelian, korang akan menerima beg laptop PERCUMA bernilai RM199.

Siri HUAWEI MatePad 

Tablet berjaya mendapat sambutan hangat sebagai gajet yang mudah digunakan dan dibawa ke mana sahaja. Bersifat ringan daripada komputer riba, ramai yang menjadikannya pilihan on-the-go.

Ada 2 jenis tablet yang korang boleh risik dulu sebelum HUAWEI 11.11 nanti: 

  • HUAWEI MatePad T 10 

Dengan harga serendah RM499, MatePad T10 hadir dengan Full HD Display 10.1 inci. Dilengkapi sistem pembesar dwi suara yang disokong HUAWEI Histen 6.1, korang pasti puas hati menikmati audio yang berkualiti tinggi.

Untuk keselesaan mata pula teknologi TÜV Rheinland digunakan untuk mengurangkan cahaya biru berbahaya terpancar terus ke mata. Nak baca buku pula. korang boleh tukar kepada mod e-book.

Dijual pada harga hanya RM499 (RRP: 799) ia boleh didapati dalam warna Deep Blue Sea.

  • HUAWEI MatePad 10.4 LTE 

Tablet pada harga super jimat! Dilengapi Skrin FullView 2K dan nisbah skrin-ke-badan 84%, HUAWEI MatePad 10.4 menawarkan paparan multimedia yang berkualiti tinggi.

Dengan storan (4 + 64 GB), nikmati siri atau filem dengan kualiti gambar yang memukau. Bateri dengan kapasiti besar 7250mAh membantu pengoptimuman perisian HUAWEI untuk memberikannya kuasa yang lebih lama. Terdapat dalam warna Midnight Grey, korang boleh memiliki Matepad 10.4 LTE pada harga RM1,099 (RRP: 1,399) dan nikmati papan kekunci PERCUMA bernilai RM399

  • HUAWEI MatePad 11 WIFI 6GB + 128GB 

Satu lagi tablet super berbaloi. HUAWEI MatePad 11 WIFI 6GB + 128GB. Setiap pembelian korang akan mendapat M-Pensil & Papan Kekunci PERCUMA bernilai RM998!

Dengan paparan yang lebih tinggi dengan kadar segar semula 120 Hz, ia menghasilkan visual dengan sangat lancar. Bukan je tengok drama, nak edit video pon boleh dengan tablet ni. Dijual pada harga RM1,999, MatePad 11 sangat berbaloi untuk dimiliki.

HUAWEI Band and WATCH Series

Lebih banyak taman dan pusat rekreasi dah dibuka, inilah masalah untuk korang bergerak aktif semula. Sempena jualan istimewa 11.11 ni, HUAWEI menawarkan peranti boleh guna seperti fitness band dan jam tangan pintar pada harga TERENDAH untuk tahun ini!

  • HUAWEI Band 4e 

Serendah RM69 (RRP119), ia ringan dan tahan lasak. Menawarkan ciri-ciri pintar seperti penjejak aktiviti, pemantau tidur dan bimbingan larian untuk memudahkan rutin senaman.

Ia dibina dengan penjejak prestasi bola keranjang, yang boleh merakam setiap pergerakan dan memberikan data yang terperinci. Dengan ciri 5ATM water resistance, ia boleh digunakan ketika berenang dan menyelam.

Kalau sambung pada telefon pintar, korang boleh menerima mesej dan notifikasi panggilan telefon.

  • HUAWEI Band 6 – Pemantauan Spo2

Kalau korang nak skrin jam yang lebih luas, HUAWEI Band 6 pilihan untuk korang, ditawarkan pada harga RM149 (RRP:219). Ia mempunyai skrin 1.47 inci FullView.

Bateri yang tahan sehingga 2 minggu dengan pengecasan pantas dan dengan HUAWEI TruSeen™ 4.0 serta penjimatan kuasa pintar algoritma terbaru, ia boleh memantau kadar oksigen dan degupan jantung korang pada setiap masa 24/7.

 HUAWEI Band 6 turut mempunyai 96 mod senaman termasuk 11 sukan profesional.

  • HUAWEI WATCH FIT

HUAWEI WATCH FIT membolehkan korang meneroka lebih banyak ciri berbanding band kecergasan. Pada WATCH FIT, korang siap boleh abadikan gambar pada skrin jam. Ia mempunyai 96 mod senaman animasi kecergasan dan mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 hari.

Jam tangan ini turut menawarkan 12 jenis senaman animasi bersama pelatih peribadi. HUAWEI WATCH FIT dilengkapi dengan fungsi yang berguna untuk wanita mengira kitaran haid dan memberikan anggaran tarikh ovulasi. Hadir dalam 3 warna Graphite Black, Sakura Pink dan terbaru Isle Blue, ia dijual pada harga  RM299 (RRP:499)

  • HUAWEI WATCH GT 2

Pada yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar, HUAWEI WATCH GT 2 memang dicipta untuk korang. Ia hadir dengan teknologi penentu dudukan tepat dan lebih pantas dengan sokongan sistem penentuan kedudukan satelit GPS dan GLONASS, korang siap boleh tahu lokasi korang selepas mendaki atau bermarathon.

HUAWEI WATCH GT 2 turut mempunyai pemantauan denyutan jantung  nyata dengan data profesional. Direka dengan elegan ia hadir dalam 2 varian Rose Gold 42mm pada harga RM529 (RRP: 899) dan hitam 46mm pada harga RM599 (RRP: 799).

  • HUAWEI WATCH GT 2e (Jimat sehingga RM270*)

Nak lagi bergaya, HUAWEI WATCH GT 2e dilengkapi dengan tali kecergasan berwarna-warni untuk cengkaman yang selesa. Reka bentuk dwi-cip dan algoritma penjimatan kuasa 2.0 memastikan jam INI menggunakan sedikit tenaga untuk bateri yang tahan lebih lama. 

Ia memberi data penjejakan tepat dan masa sebenar untuk 15 sukan profesional termasuk mendaki, berlari, berenang, dan berbasikal. Korang juga boleh memainkan muzik dengan memasangkannya dengan fon telinga secara bluetooth dan boleh menyimpan sehingga 500 buah lagu. Masa 11.11 nanti korang boleh milikinya pada harga RM329 je (RRP:RM599).

Fon telinga HUAWEI FreeBuds 4i 

Nikmati fon telinga HUAWEI pada harga TERENDAH tahun ini dengan bateri yang tahan lama dan pembatalan bunyi hingar TWS Earbud.

HUAWEI FreeBuds 4i dilengkapi dengan fungsi ANC terunggul yang secara aktif mengesan dan mengurangkan bunyi persekitaran melalui sistem dual-mik. Dengan daya tahan yang luar biasa, ia dapat memainkan muzik selama 10 jam secara berterusan dengan pengisian penuh. 

Untuk keselesaan pengguna, HUAWEI FreeBuds 4i juga boleh disambungkan dengan lancar dengan mana-mana peranti berkemampuan bluetooth yang serasi.

Muncul dengan reka bentuk moden dan premium, ia boleh didapati dengan warna Carbon Black pada harga RM199, (RRP: 379)

Telefon pintar HUAWEI

Produk boleh guna HUAWEI

Aksesori HUAWEI

Nikmati lebih banyak penjimatan pada HUAWEI 11.11

Macam mana korang, ons tak tawaran HUAWEI ni? Jangan lupa set alarm 11.11 nanti, takut melepas pula!

Untuk lihat lain-lain produk yang menawarkan potongan harga dan penjimatan, korang boleh layari laman rasmi HUAWEI Store, Shopee dan Lazada sekarang juga!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas