Connect with us

Oh! Media

“Data Pengguna Diproses Di Israel” – Fahmi Fadzil Dedah Dua Sebab Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Waze

ohmedia ohmedia featured fahmi fadzil

Trending

“Data Pengguna Diproses Di Israel” – Fahmi Fadzil Dedah Dua Sebab Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Waze

Fahmi Fadzil dedah dua sebab kerajaan larang penjawat awam guna Waze, termasuk isu data pengguna diproses di Israel dan kekangan undang-undang.

Intipati berita

  • Data pengguna diproses di Israel menjadi antara sebab utama kerajaan melarang penjawat awam menggunakan Waze.
  • Isu bidang kuasa undang-undang kerana pertikaian berkaitan aplikasi itu perlu diuruskan melalui mahkamah di Israel.
  • Dakwaan kebocoran data ke dark web turut menimbulkan kebimbangan, namun kerajaan belum mengesahkan sama ada data rakyat Malaysia terlibat.
  • Waze belum disahkan akan disekat sepenuhnya di Malaysia. Sebarang tindakan lanjut bergantung pada proses rasmi keputusan JKSN.

Kerajaan akhirnya menjelaskan sebab utama aplikasi navigasi Waze dilarang digunakan dalam kalangan penjawat awam, dengan kebimbangan terhadap keselamatan data pengguna yang diproses di Israel menjadi antara faktor penting keputusan tersebut.

Menurut laporan Kosmo, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, keputusan itu dibuat berdasarkan maklum balas Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).

IKLAN

Sebab utama Waze dilarang?

waze

Fahmi menjelaskan, terdapat dua isu besar yang menjadi perhatian kerajaan, iaitu pemprosesan data pengguna di Israel serta kekangan bidang kuasa undang-undang sekiranya berlaku pertikaian.

Dan perkara yang telah dimaklumkan turut melibatkan pengumpulan data, pemprosesan data yang berkait aplikasi tersebut yang dibawa ke negara Israel. Itu isu besar yang telah dibangkitkan.

Dan kedua, sebarang pertikaian perundangan hanya akan diuruskan melalui mahkamah di Israel. Bermaksud sekiranya ada apa-apa yang berbangkit, kita tidak boleh pergi ke situ kerana Malaysia tidak mengiktiraf, tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Itu dua isu utama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu kebocoran data pengguna jadi kebimbangan?

ohmedia fahmi fadzil

Dalam masa sama, Fahmi turut membangkitkan persoalan mengenai dakwaan kebocoran maklumat peribadi pengguna yang dikatakan dijual menerusi laman sesawang gelap atau dark web.

Menurutnya, pihak Waze perlu memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Ya, ini antara sebab kenapa kita perlu berhati-hati dengan maklumat yang kita serahkan kepada mana-mana pihak. Dan ini perlu dijelaskan oleh pihak Waze.

Kita tidak pasti bagaimana maklumat data peribadi rakyat Malaysia boleh diambil sedemikian rupa dan kemudiannya berlaku satu data leak, ketirisan data, dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang memperoleh keuntungan daripada jualan di dalam dark web.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan masih belum dapat mengesahkan sama ada data rakyat Malaysia terlibat dalam dakwaan kebocoran tersebut.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas