Connect with us

Oh! Media

6 Sebab Kenapa HUAWEI MatePad Pro Tablet Paling Produktif Korang Patut Miliki

Branded

6 Sebab Kenapa HUAWEI MatePad Pro Tablet Paling Produktif Korang Patut Miliki

Ketika ini, ramai daripada kita bekerja di rumah. Bila bekerja di rumah, maklum sajalah, bermacam-macam cabaran kena hadap. Tapi kekurangan dari segi peranti, tidak patut menjadi salah satu cabaran WFH. Kami kongsikan 6 sebab kenapa HUAWEI MatePad Pro patut jadi pilihan korang ketika WFH untuk bekerja, berhibur atau apa saja, confirm tak menyesal!

1. Pengalaman baru menonton 

-HUAWEI MatePad Pro melangkaui teknologi terkini dengan paparan OLED 12.6 inci dengan resolusi 2560 x 1600 pixel pada peranti ultra nipis.

-Dengan ciri FullView Display, HUAWEI MatePad Pro juga dilengkapi dengan perkadaran paling tinggi screen-to-body 90.1% dengan bezel ultra halus 5.6mm.

-Reka bentuk yang ergonomik memastikannya selesa dipegang hanya seringan 609g sahaja. Didapati dalam warna Matte Grey, memang stail!

2. Hiburan mengikut permintaan bila-bila masa

-Paparan 2.5K QHD dan DCI-P3 film level colour gamut menjanjikan pengalaman menonton ke tahap berbeza. Memang syok bila menonton filem di rumah sebab semuanya cukup realistik!

-Teknologi HUAWEI Clarivu Display Enhancement kembali lagi untuk mengoptimumkan tayang semula video, browse gambar dan bermain game. Ada juga Eye Comfort Mode kalau korang nak menonton dengan selesa.

-Apalah erti tengok movie kalau audio tak best kan? Tablet ini menawarkan pengalaman audio setanding home theatre dengan 8 speaker Harman Kardon serta dilengkapi 4 mikrofon. Tonton movie dekat rumah tapi feel macam panggung terus!

3. Sambungan luar biasa

-Asyik buka tutup tab semata nak tengok rujukan dan fail kerja bersilih ganti, lama-lama mesti penat kan? HUAWEI MatePad Pro dengan Multi-Window boleh bagi pengalaman multitasking untuk korang buka Word processor dan bahan rujukan sebelah-menyebelah. Senang.

-Dengan HUAWEI Share yang telah dinaik taraf, nak share apa-apa pun lebih mudah. Sambungan dengan smartphone dan laptop boleh dibuat dengan Multi-screen Collaboration. Dengan ciri ini, korang boleh kawal kedua-dua peranti dengan satu screen je.

-Nak berkongsi fail pun hanya perlu drag dan drop dari satu peranti ke peranti yang lain. Senang untuk buat kerja, edit, lihat fail, imej dan teks.

-Selain itu, HUAWEI MatePad Pro ini juga dilengkapi dengan 3 mod iaitu Extend Mode, Mirror Mode dan Collaborate Mode.

-Extend mode: Untuk sesuatu tugasan pada laptop boleh ditarik ke tablet, menjadikan tablet sebagai monitor. Contohnya kalau korang ada video conference, korang boleh edit nota atau memeriksa fail pada skrin sebelah.

-Mirror mode: Paparan laptop disamakan pada tablet, yang kini boleh digunakan sebagai pad lukisan atau tulisan. Tulis atau lukis dengan M-Pencil, semuanya akan terpapar pada skrin laptop pada waktu yang sama.

-Collaborate mode: Tablet dan laptop berkongsi keyboard laptop dan menggunakan tetikus serentak untuk kedua-dua skrin. Fail dan teks boleh ditarik ke sana-sini merentas sistem operasi yang sudah dinaiktaraf.

4. Serlah kreativiti dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi Kedua)

-HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua direka dengan 4096 sensitiviti tekanan dan sensitiviti sengetan (tilt). Pendek kata, kalau korang perlu menulis ketika WFH, penggunaan peranti ini seperti menulis menggunakan pensel dan kertas.

-Bekerja lebih produktif dengan adanya aplikasi seperti WPS, Microsoft Office dan Notes yang telah dipra-pasang.

-Sibuk melukis atau mengendalikan kerja, bila perlu buat perubahan, hanya Double Tap sahaja untuk Switch tools. Kalau dah melukis biasa la kan bila tersilap, tukar ke eraser mode dengan hanya double tap saja. Mudah kan?

Selain daripada itu, HUAWEI M-Pencil dilengkapi dengan fungsi “Instant Shape” dan “Instant Table”, di mana pengguna boleh melukis bentuk secara sempurna

5. Prestasi mengagumkan

-Dengan prosesor Kirin 9000E sebagai teras HUAWEI MatePad Pro, peranti ini mempunyai kebolehan memberikan prestasi cemerlang untuk kerja mahupun hiburan.

-RAM 8GB dan 256GB ROM memastikan multitasking yang lancar. Dengan bateri berkapasiti 10050mAh, bekerja seharian dengan tablet ini bukan satu masalah. Tak perlu cari plug sentiasa untuk dicas.

=Dengan sistem operasi dibangunkan sendiri merek, HarmonyOS, pengguna peranti ini pasti mendapat pengalaman berbeza. Prestasi yang tip-top berbanding sebelum ini dan berupaya menyokong kerja-kerja harian dan keperluan multimedia.

-Storan luaran 8GB RAM dan 256GB ROM membolehkan bermain game seperti Asphalt 9, Mobile Legend, PUBG or Genshin Impact dengan tenang. Dah penat bekerja seharian, boleh terus layan game pula!

-Selain itu, pengguna dapat meneroka aplikasi lain yang disusun di HUAWEI AppGallery merangkumi kategori seperti permainan, pendidikan, gaya hidup, utiliti serta banyak lagi.

6. Hadiah PERCUMA!

-Siapa je tak suka benda percuma kan? Korang boleh pra-tempah HUAWEI MatePad Pro ini dari sekarang hingga 17 Jun 2021 di HUAWEI Online Store, Lazada dan Shopee. Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,747 untuk korang dapatkan sementara stok masih ada.

-Hadiah percuma ditawarkan termasuklah HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI Classic Backpack, 50GB HUAWEI Cloud Storage selama 3 bulan dan 1 bulan akses HUAWEI Video VIP.

-Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca info dan terus pra-tempah di HUAWEI Online Store, Lazada dan Shopee pada link disediakan di atas. Sementara stok masih ada guys, lambat habis!

-Atau korang boleh juga membuat pra-tempah HUAWEI MatePad Pro secara online di HUAWEI Experience Store terdekat yang akan dihantar terus kepada korang:  http://bit.ly/MatePadProStoreCPSLink

-Dengan membuat pra-tempah ini, korang juga berpeluang menang HUAWEI MatePad Pro juga. Nak tahu macam mana? Check out HUAWEI Online Store untuk butiran penuh. 

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas