Connect with us

Oh! Media

Keperluan WFH Paling Wajib Ada, Senang On The Go Buat Kerja!

MatepadT10 HUAWEI

Branded

Keperluan WFH Paling Wajib Ada, Senang On The Go Buat Kerja!

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap tablet semakin meningkat di pasaran. Maklumlah, dengan situasi semasa yang memerlukan ramai bekerja dari rumah, solusi yang mudah, ringkas dan efisien diperlukan.

Antara jenama terkenal untuk tablet semestinya Huawei yang mempunyai 3 tahap iaitu MatePad Pro, MatePad dan Siri MatePad T. Semuanya demi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.

Flagship level: MatePad Pro 12.6 inci

MatePad Pro ini didatangkan dengan OLED skrin 12.6 inci beresolusi 2560×1600 serta DCI-P3. Paling mantap untuk berhibur kerana ada 8 speaker bagi audio lebih jelas terperinci. 3 kameranya pula merangkumi 13MP kamera utama, 8MP wide angle dan 3D depth sensing lens. 

Dengan prosesor Kirin 9000E dengan 8+256GB penyimpanan, tak risau lagi kalau perlu guna untuk tujuan kerja yang perlu memori besar. Ia juga boleh digunakan dengan M-pencil 2nd Gen dan Keyboard.

Paling best, hanya perlu 2 jam untuk mengecas penuh dengan 40W SuperCharge. Model ini turut menyokong pengecasan tanpa wayar maksimum 27W. Contohnya, kalau travel, peranti seperti jam dan smartphone boleh dihubungkan dengan panel belakang tablet untuk pengecasan tanpa wayar. Senang kan?

Didapati dengan warna Matte Grey dan Olive Green. Matte Grey bersama keyboard dijual pada harga RM3,999 manakala Olive Green bersama M-pencil dan keyboard bertanda harga RM4,399.

Mainstream level: MatePad 11

Kalau mencari tablet dengan motion dan visual yang lancar dan smooth, MatePad 11 adalah jawapannya. Ini kerana ia didatangkan dengan skrin 10.95 inci berkadaran segar semula 120Hz.

Sesuai digunakan dengan M-pencil 2nd Gen dan keyboard, tahap responsif peranti ini cukup mengagumkan dengan latency serendah 2ms pada stylus. Ini memberikan pengalaman menulis paling responsif dan konsisten pada tablet. Macam menulis betul-betul!

Huawei Share pada smartphone dan laptop juga didapati untuk MatePad Pro dan MatePad 11 untuk sistem pengoperasian Harmony. 3 mode yang boleh korang manfaatkan adalah:

-Extend mode: Untuk sesuatu tugasan pada laptop boleh ditarik ke tablet, menjadikan tablet sebagai paparan tambahan. Contohnya kalau korang ada video conference, korang boleh edit nota atau memeriksa fail pada skrin sebelah.

-Mirror mode: Paparan laptop disamakan pada tablet, yang kini boleh digunakan sebagai pad lukisan atau tulisan. Tulis atau lukis dengan M-Pencil, semuanya akan terpapar pada skrin laptop pada waktu yang sama.

-Collaborate mode: Tablet dan laptop berkongsi keyboard laptop dan menggunakan tetikus serentak untuk kedua-dua skrin. Fail dan teks boleh ditarik ke sana-sini merentas sistem operasi yang sudah dinaiktaraf.

Didapati dengan harga RM1,999 (Matte Grey, 6+128B) dan RM2,399 (Olive Green, 6+256GB)

Mainstream level: MatePad 10.4

Satu lagi model untuk level mainstream, MatePad 10.4 mempunyai skrin 10.4 inci dengan sambungan LTE serta Wifi. Turut mempunyai ciri Huawei share dengan smartphone Huawei korang bagi pengalaman penggunaan lebih mudah. Model ini juga boleh digunakan bersama M-pencil dan keyboard.

Dapatkan di pasaran dengan harga RM1,499 untuk storan 4+128GB secara online atau pengedar sah. Manakala versi LTE hanya didapati secara online dengan storan 4+64GB.

Entry level: MatePad T10s & T10

Bila lama sangat depan skrin, mesti ada yang risau mata cepat letih kan? Jangan risau sebab Huawei ada MatePad T10s and MatePadT10 dengan skrin 10 inci FHD bercirikan perlindungan mata diperakui TUV Rheinland. Mata sembab, letih seharian bekerja bukan lagi masalah.

Model T10 hanya didapati eksklusif online dengan 2+32GB manakala model T10S untuk 2+32GB versi LTE boleh dibeli menerusi pengedar sah dan online.

WFH sambung lagi? Tak ada masalah

Dengan MatePad ini, bekerja dari rumah pun lebih senang, semuanya boleh dengan satu peranti. Perlu meeting? Buka je Zoom, Google Meet dan siap untuk digunakan. Untuk anak-anak sekolah atau kolej, Google Classroom tersedia. 

Perisian asas seperti Microsoft Word, Excel & PowerPoint, semuanya boleh dimuat turun dari AppGallery dan terus digunakan.

Kadangkala perlu keluar rumah untuk membeli barang keperluan, tapi masih boleh sentiasa bekerja on-the-go dengan aplikasi memeriksa emel seperti Outlook dan Gmail. Dalam kereta atau sambil tunggu makanan takeaway siap pun boleh!

Media sosial pun penting juga untuk mengisi masa lapang. Semuanya dari Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan banyak lagi boleh dimuat turun dari AppGallery melalui Petal search dan digunakan dengan MatePad ini.

Begitu juga kalau nak online shopping atau binge watching series kegemaran mahupun main game. Serba boleh, segalanya dalam satu peranti.

Untuk memuat turun aplikasi di atas, mungkin memerlukan masa tapi ada cara lebih mudah. Ikut je langkah di bawah:

  1. Buka dan muat turun aplikasi Gspace dari AppGallery.
  2. Login akaun Google.
  3. Muat turun aplikasi yang diingini daripada Gspace ini. Dah siap.

Apa pun tujuan penggunaan, atau siapa pun korang, akan ada model yang sesuai. MatePad Pro untuk mereka yang sukakan hiburan dengan skrin OLED serta 8 speaker. MatePad 11 menawarkan pengalaman visual yang lancar dengan 120Hz kadar segar semula.

Mahukan pilihan lebih mampu milik? MatePad lah jawapannya. Boleh pula digunakan dengan keyboard dan pen, siap ada versi LTE dan WiFi lagi tu.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Tablet Huawei, kunjungi laman web Huawei atau check out Shopee, Lazada rasmi mereka atau Huawei Store.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

To Top