Connect with us

Oh! Media

Diangkat Dari Kisah Benar Filem ‘Shout It Out’ Dapat Pelbagai Reaksi

Branded

Diangkat Dari Kisah Benar Filem ‘Shout It Out’ Dapat Pelbagai Reaksi

Baru-baru ni, sebuah filem pendek arahan Mallory Lee Pei Feng telah dilancarkan oleh vivo Malaysia, yang mengisahkan tentang perjuangan seorang gadis yang kurang upaya untuk menjadi seorang atlet negara. 

Filem pendek yang berdurasi 9 minit 30 saat ini diinspirasikan daripada kisah benar seorang  gadis pekak bernama Siti, lakonan Nurizyan Hishammuddin, yang berjuang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa, seni mempertahankan diri karate.

Menariknya, filem ini dapat pelbagai reaksi daripada penonton seperti berasa sedih dengan kisah perjuangan Siti daripada kecil hingga ke dewasa menghadapi cabaran untuk menjadi seorang atlet antarabangsa yang berjaya.

Selain itu, ada juga yang memberi reaksi terkejut sebab tak sangka seluruh filem pendek ini dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar vivo x70 sahaja. Biar betul?

vivo x70 merupakan sebuah telefon pintar fotografi profesional yang hadir dengan teknologi pengimejan mudah alih yang terbaik direka bersama ZEISS. 

Patutlah kualiti filem pendek ini dapat reaksi yang mengejutkan daripada penonton.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan pengarah filem pendek ini untuk menghasilkan karya yang terbaik dengan menggunakan teknologi pengimejan canggih daripada kamera vivo x70. 

Katanya lagi, disebabkan telefon pintar terbaru ini hadir dengan teknologi yang canggih, ia mampu menunjukkan keupayaan sebagai peranti filemografi profesional bagi menghasilkan video yang berkualiti. 

Dalam pada itu, Mallory pula berpendapat bahawa tiada sebarang masalah yang timbul sepanjang proses rakaman filem pendek ini, malah beliau bangga kerana dapat menunjukkan intipati serta emosi yang ingin disampaikan menerusi kamera yang canggih. 

Tambahan, cabaran yang beliau hadapi adalah beliau perlu mengkaji semula kamera untuk menyesuaikan dengan keadaan sekeliling yang kurang pencahayaan. 

Kalau korang nak tengok sendiri filem Shout It Out serta belakang tabir pembikinan filem pendek ini, korang boleh pergi ke YouTube rasmi vivo Malaysia.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas