Connect with us

Oh! Media

“Aku Undi Hang, Aku Yang Kena Keluar Duit Sendiri” – KWSP Boleh Keluar Kalau PN Menang, ‘Abah’ Ditempelak Netizen

Oh! Negara

“Aku Undi Hang, Aku Yang Kena Keluar Duit Sendiri” – KWSP Boleh Keluar Kalau PN Menang, ‘Abah’ Ditempelak Netizen

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan sekiranya parti pimpinannya itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, mereka akan mempertimbangkan semula pelaksanaan pengeluaran KWSP bersasar.

ADVERTISEMENT

BACA: “Terima Kasih Abah” – Ucapan Muhyiddin Yassin Undang Rasa Sebak Netizen

Perkara itu diumumkan Muhyiddin ketika pelancaran PN Best yang merangkumi manifesto-manifesto yang ditawarkan parti itu sempena PRU-15 nanti.

Jelas Muhyiddin, perkara ini akan dipertimbangkan semula selepas beliau mendapat keluhan rakyat yang memintanya untuk menyuarakan hal-hal berkaitan dengan simpanan KWSP.

Baru-baru ni saya ada mengeluarkan TikTok, dan antara perkara berbangkit adalah meminta ‘abah ni’ benarkan lagi sekali pengeluaran KWSP.

Insya-Allah, bila mana kita menang, antara perkara yang kita akan lihat semula ialah KWSP bersasar.

Itu kan duit kami?

Namun begitu, kenyataan Muhyiddin itu ternyata tidak dipersetujui warganet yang mengatakan bahawa wang simpanan KWSP itu merupakan kepunyaan rakyat dan bukanlah kepunyaan kerajaan.

Ada juga diantara mereka yang mempersoalkan dengan mendakwa kenapa perlu mengundi sesuatu parti hanya kerana ingin mengeluarkan wang kepunyaan sendiri.

Apa komen korang?

Kredit: Twitter Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas