Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Abah” – Ucapan Muhyiddin Yassin Undang Rasa Sebak Netizen

Pm

Oh! Negara

“Terima Kasih Abah” – Ucapan Muhyiddin Yassin Undang Rasa Sebak Netizen

Sebentar tadi, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa dia telah menyerahkan warkah jawatan sebagai perdana Menteri dan Seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

BACA: Faizal Tahir Pertahan Muhyiddin, Naim Daniel Tuju Soalan ‘Deep’

Perkara itu dilakukan di Istana Negara pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

IKLAN

Saya dan ahli jemaah Menteri telah meletakkan Jawatan.

Saya mencadangkan supaya keabsahan sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen, namun 15 Ahli Parlimen UMNO telah menolak cadangan saya.

Cadangan kerjasama rentas parit yang saya kemukakan turut ditolak oleh parti-parti pembangkang.

Menurutnya, perletakan jawatan itu dibuat di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Ucapan Muhyiddin Yassin penuh hiba

Screenshot 587

Sesi perutusan khas beliau dilihat sedikit emosi selepas kedengaran suaranya yang kelihatan sayu ketika mengumumkan berkaitan perletakan jawatan itu.

Perutusan yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasminya bukan sahaja menyentuh hati orang ramai, malah turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut mengucapkan terima kasih kepada beliau berikutan sumbangan serta kerja kerasnya selama ini.

Screenshot 585
Screenshot 582

Menerusi perutusan itu juga, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokongnya selama ini sehingga dikenali sebagai ‘abah’.

Harap kerajaan baharu segera dibentuk

Selain itu, Ahli Parlimen Pagoh itu turut berharap agar kerajaan baharu segera dibentuk supaya pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.

Beliau menambah, sektor ekonomi perlu dibuka bagi memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera sekaligus mampu menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Mengakhiri ucapannya, beliau turut menyeru agar masyarakat mendoakan supaya Allah SWT memelihara keselamatan negara dan mengekalkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas