Connect with us

Oh! Media

Sanggup Habis RM2 Juta Demi Pertunjukan Dron, Pengasas Bulan Bintang Dah Lali Dengan Kecaman

Oh! Inspirasi

Sanggup Habis RM2 Juta Demi Pertunjukan Dron, Pengasas Bulan Bintang Dah Lali Dengan Kecaman

Umum mengetahui jenama baju tradisional terkenal, Bulan Bintang akan melancarkan koleksi terbaru mereka ketika hampir masuk musim perayaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Dituduh Guna ‘Kabel’ Untuk Naik, Ini Kisah Sebenar Kejayaan Bulan Bintang, Inspirasi!

Terkini pengasas jenama tersebut, Azzim Zahid Azmi mengakui telah menelan belanja yang besar bagi pertunjukan fesyen jenama itu di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Belanja besar

https://www.tiktok.com/@jejakabulanbintang/video/7201739977506508058?_t=8a3FkaZCiCQ&_r=1

Menurut Azzim, pertunjukan dron yang telah dipersembahkan ketika acara itu bernilai hampir RM2 juta. Pihaknya telah membawa formasi dron yang didatangkan khas dari United Kingdom (UK) yang berpengalaman terlibat dalam pelbagai acara antarabangsa.

Saya rasa belum ada mana-mana jenama yang buat lagi, jadi kami sudah adakan satu pertunjukkan fesyen level yang baharu, jadi untuk kita bawa level tu, inilah kos yang harus dikeluarkan.

Apabila dipersoalkan mengenai pelancaran yang mewah itu, Azzim menjelaskan bahawa dirinya telah lali dengan tohmahan yang dilemparkan sejak 8 tahun yang lalu.

Saya mahu Bulan Bintang ke depan, jadi kebanggaan sampai orang tidak boleh cakap apa lagi. Tak kan cakap pasal saya sahaja.

Pertunjukan dron oleh jenama Bulan Bintang itu telah memecahkan Malaysia Book Of Records dengan bilangan dron terbanyak yang sebelum ini dipegang oleh The Walt Disney Company Malaysia.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas