Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Sanggup Korban Kerjaya Demi Jaga Bapa Sakit Di Kampung

Oh! Inspirasi

Lelaki Ini Sanggup Korban Kerjaya Demi Jaga Bapa Sakit Di Kampung

Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibu bapa apabila mereka tua kelak. Di usia senja ini, ada yang diuji dengan pelbagai jenis penyakit yang memerlukan penjagaan dan rawatan rapi.

ADVERTISEMENT

BACA: Demi Menjaga Ayah Sakit, Seorang Pemuda Sanggup Korbankan Kerjaya

Seperti kisah pemuda ini, dia sanggup meninggalkan kerjaya di Kuala Lumpur demi menjaga bapa yang sakit. Pemuda yang dikenali sebagai Syahid Abdullah ini gemar berkongsi rutin hariannya sehingga menjadi perhatian pengguna TikTok.

Menerusi temu bual bersama mStar, Syahid berkata dia pulang ke kampung pada penghujung 2019 ekoran kesihatan bapa yang semakin merosot. Pada awalnya, majikan memberi tawaran untuk dia berpindah ke cawangan di Ipoh namun terpaksa menolak kerana mahu fokus kepada bapa.

bapa

Abah ada macam-macam penyakit… diabetis, kencing manis dan darah tinggi, penyakit tiga serangkai.

Sekarang abah hidup dengan satu buah pinggang selepas pembedahan 10 tahun lepas akibat kanser.

Ujar anak bongsu kepada 7 beradik ini, Mei lalu doktor mengesahkan bapa mengalami dimensia dan berkemungkinan menghidap Alzheimer. Bapanya hanya ingat memori yang lepas.

@syahsyam85

Ubat Ubat abah… #malaysiatiktok #tiktokmalaysia #ayahdanibu #ayahibu #elderly #orangtua

– ruangsendu” href=”https://www.tiktok.com/music/original-sound–6897075703431351041″>♬ original sound – :> – ruangsendu

Malah, bapa yang berumur 73 tahun itu juga tidak tahu berkenaan perkara yang melibatkan nombor seperti alamat rumah dan nombor telefon.

Di ruangan komen perkongsian di aplikasi TikTok, orang ramai memuji ketaatan yang ditunjukkan pemuda ini kepada orang tuanya yang sakit. Mereka menyifatkan pemuda ini seorang anak yang soleh kerana sanggup berkorban masa hadapan dan usia muda.

Kredit: mStar | TikTok Syah Syam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas