Connect with us

Oh! Media

Graduan Wanita Berjaya Genggam Diploma Walaupun Dilahirkan Tanpa Tangan

Ohmedia  Wanita

Oh! Inspirasi

Graduan Wanita Berjaya Genggam Diploma Walaupun Dilahirkan Tanpa Tangan

Baru-baru ini, seorang wanita yang dilahirkan tanpa tangan diberikan penghormatan daripada graduan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-98 kerana berjaya menamatkan pengajiannya.

Menerusi satu video, seorang pengguna TikTok @ahmadzoolhelmialias berkongsi detik-detik graduan Norfarrah Syahirah Shaari menerima skrol di atas pentas sambil ditemani suaminya Zulfadli Syahrul.

Malah, perkongsian video berkenaan memaparkan para graduan kemudian berdiri sebelum memberikan tepukan dan sorakan gemuruh buat wanita berusia 35 tahun itu.

IKLAN

@uitm_channel

Kekurangan pada diri bukan penghalang untuk berjaya #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku @🇵🇸Farrah Syahirah🇵🇸

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – UiTM Channel

Dalam satu perkongsian Farrah di TikTok, dia meluahkan rasa gembira kerana memperoleh diploma dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi walaupun memegang status sebagai golongan orang kurang upaya (OKU).

Bukan itu sahaja, Farrah turut berkata dia menghadapi pelbagai cabaran seperti terpaksa memandu kereta sendiri dari rumahnya di Bagan Datuk ke UiTM Seri Iskandar.

Kampus saya berada di Seri Iskandar dan cabaran untuk ke kampus adalah saya terpaksa memandu menggunakan kaki.

Tapi cabaran itu membuatkan saya lagi bersemangat untuk menuntut ilmu.

Bagi saya kekurangan ini bukanlah satu penghalang untuk saya belajar kerana saya mahukan sesuatu yang lebih tinggi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga dan mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah atas pencapaiannya.

Photo1701409300 3

Photo1701409300 4

Photo1701409300 2

Terdahulu, Farrah pernah tular di media sosial gara-gara kemahirannya memandu kereta menggunakan kaki dalam menjalani kehidupan seharian.

BACA: Pemuda OKU Tekun Buka Bisnes Burger, Sentiasa Sedekah Pada Asnaf Dan Rakan Senasib

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah mengenai, seorang pemuda OKU tekun mencari rezeki sendiri meskipun hanya menggunakan kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak.

Kredit: TikTok @ahmadzoolhemlialias & @norfarrahsyahirahshaariFacebook & TikTok UiTM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Photo1701409300 3
  • Photo1701409300 4
  • Photo1701409300 2
  • Ohmedia  Wanita
  • Photo1701409300 3
  • Photo1701409300 4
  • Photo1701409300 2
  • Ohmedia  Wanita

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas