Oh! Inspirasi
Engku Emran Dedah 11 Tahun Perjuangan Demi Aleesya, Akhirnya Terbalas Dengan Keputusan 7A
Engku Emran gembira pengorbanan 11 tahun untuk akademik Aleesya berhasil.
Bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran berkongsi kejayaan anak tunggalnya, Engku Aleesya, yang meraih keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan IGCSE baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Engku Emran meluahkan rasa bangga dan sangat teruja kerana pengorbanannya selama 11 tahun akhirnya berhasil.
“Pengorbanan ayah tak pernah sia-sia”

Dalam perkongsiannya, Engku Emran berkata beliau tidak pernah terlepas menghadiri acara sekolah, sesi ibu bapa-guru, malah sanggup menempuh kesesakan jalan untuk menghantar Aleesya ke kelas tambahan.
Malah, dia akan menemani Aleesya mengulangkaji pelajaran bersama-sama di rumah.
Today you have paid your dues and proved to me that my sacrifice all these years didn’t go to waste. Thank you Aleesya, thank you for making today easily the best day of my life.
Beliau turut berharap suatu hari nanti Aleesya akan melakukan pengorbanan yang sama untuk anak-anaknya kelak, sebagaimana yang telah dilakukan untuknya.
Keputusan cemerlang Aleesya

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikongsikan, Aleesya berjaya memperoleh:
- Biology – A (85)
- Sociology – A (86)
- First Language English (Oral Endorsement) – A* (90)
- Mathematics (Without Coursework) – A* (95)
- Physics – A* (90)
- Bahasa Malaysia – A
- Psychology – A
Secara keseluruhan, Aleesya mencatat keputusan 7A, termasuk beberapa subjek dengan gred A*.
Pssttt! Luahan Engku Emran ini membuktikan bahawa kasih seorang ayah mampu menjadi pendorong besar untuk kejayaan anaknya. Tahniah Aleesya!
Kredit: Instagram Engku Emran
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM