Trending
“Al Khawla Dan Abang Tunggu Kat Syurga Ya” – Kembar Kedua Ibu Bapa Al Fateh Meninggal Dunia
Maryam Al Khawla, kembar kedua meninggal dunia selepas 90 hari bertarung nyawa di Hospital Melaka.
Maryam Al Khawla, kembar kedua meninggal dunia selepas 90 hari bertarung nyawa di Hospital Melaka.
Oleh
Salah seorang daripada bayi kembar tiga iaitu Maryam Al Khawla disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi di Hospital Melaka selepas bertarung nyawa selama 90 hari.
BACA: Mejar Fikry Dan Isteri Timang Kembar Tiga, Setahun Selepas ‘Pemergian’ Anak Di Taska
Berita dukacita ini disampaikan sendiri oleh bapanya, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri menerusi hantaran di Facebook.

Anak kecil ini merupakan adik kepada Al Fateh yang meninggal dunia dalam satu tragedi di taska tahun lalu.
Pasangan ini dikurniakan bayi kembar tiga selepas pasangan itu melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam video yang dimuat naik, ibu bapa bayi ini meluahkan isi hati yang cukup meruntun jiwa. Katanya, bayi pergi dengan senyuman dan kini sudah tidak sakit lagi.
Alhamdulillah anak mummy pergi dengan senyuman. Khawla dah tak rasa sakit lagi. Buat pertama kali mummy dapat sentuh Khawla tanpa glove. Buat pertama kali mummy dapat hug Khawla… Khawla pergi jam 7.20. Al Khawla dan abang Al Fateh tunggu mummy & daddy kat syurga ye. Terima kasih Allah pinjamkan Maryam Al Khawla 3 bulan pada mummy daddy.
Maryam Al Khawla dilahirkan secara pramatang pada 24 Oktober 2025 dan telah menjalani rawatan rapi di hospital sejak dilahirkan. Semalam, beliau dilaporkan kritikal dan ibu bapanya merayu doa daripada orang ramai.
Pssttt! Semoga mereka sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk terus melangkah. Al-Fatihah buat Maryam dan abangnya, Al Fateh.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Kertas soalan SPM didakwa dijual RM500 di Telegram, ahli kumpul RM10 seorang. Lembaga Peperiksaan sedang siasat...
Gaji penjawat awam Negeri Sembilan dijamin. Anwar kata Kerajaan Pusat sedia salur dana jika DUN dan...
Ayam dalam kereta jadi bualan netizen selepas seorang wanita berkongsi di Threads, dia terjumpa seekor ayam...
Yakin MADANI 2026 berlangsung hari ini dan esok di KOMBES Paroi dan Kompleks Sukan Balik Pulau....
Pengumuman KTM di dalam tren mengucap tahniah kepada dua graduan berjubah konvokesyen. Hantaran pengguna Threads itu...