Connect with us

Oh! Media

Tan Sri Dipercayai Tipu Wang Pelabur Lebih RM300 Juta Ditahan SPRM

Sprm Rasuah

Oh! Tidak

Tan Sri Dipercayai Tipu Wang Pelabur Lebih RM300 Juta Ditahan SPRM

Seorang Tan Sri ditahan SPRM selepas disyaki menipu pelabur melalui pelbagai skim pelaburan sejak dua tahun lalu.

Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ kini disiasat selepas disyaki menipu pelabur sehingga menyebabkan kerugian mencecah ratusan juta ringgit.

Individu berusia lingkungan 60-an itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir ke ibu pejabat agensi berkenaan di Putrajaya, semalam bagi membantu siasatan.

Suspek dikenali sebagai ahli kewangan islam

Kredit foto SPRM

Menerusi laporan daripada Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya memperoleh perintah reman selama empat hari terhadap suspek berkenaan di Mahkamah Putrajaya, pagi tadi.

IKLAN

Menurut Azam, siasatan awal mendapati suspek merupakan pemilik sebuah syarikat swasta dan turut dikenali sebagai ahli kewangan Islam.

Selain itu, SPRM turut menahan seorang wanita berusia 50-an yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat pelaburan terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin, bagi membantu siasatan kes sama.

“Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu. Pelaburan dipercayai didalangi dua suspek berkenaan adalah pelbagai dengan dijanjikan pulangan yang lumayan,” katanya.

Sehubungan itu, Azam turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi tanpa asas kukuh.

Pssttt! Daripada kes ini, orang ramai disarankan supaya tidak mudah terpengaruh dengan gelaran, status atau latar belakang individu semata-mata. Sikap berhati-hati dan membuat semakan terperinci boleh membantu mengelakkan kerugian besar pada masa hadapan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas